adsense Golongan Munafik Dalam Gerakan Islam - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

Golongan Munafik Dalam Gerakan Islam


Gerakan Islam merupakan gerakan yang sentiasa didambakan oleh umat Islam itu sendiri. Tidak kira di Malaysia atau seluruh negara umumnya seperti Indonesia, Mesir, Turki dan Negara-negara Arab. Namun begitu, mereka yang mendokong bahkan berada di dalam gerakan ini mempunyai akhlak yang berbeza kerana datang daripada latar belakang yang berbeza. Maka timbullah masalah atau krisis samada berbentuk individu atau berpuak-puak. Hal ini sedikit sebanyak boleh mendatangkan kerugian kepada Gerakan Islam bahkan paling perit jika boleh mendatangkan fitnah kepada Gerakan yang mulia ini.

Antara krisis dan masalah dalaman yang berlaku dalam Gerakan Islam tidak terlepas daripada perkara berikut :

1) Walaupun serabut berdepan dengan masalah dalaman jemaah, ahli jangan hilang pedoman. Mehnah adalah sunnah perjuangan.

2) Iblis bersumpah untuk menyesatkan anak cucu adam dari depan, belakang, kiri dan kanan. Oleh itu jangan kita fikir musuh hanya datang dari arah depan sahaja.

3) Syaitan pun ada pelbagai strategi. Untuk orang yang lemah, dia hantar prebet ajer suruh hasut lekakan manusia tu untuk tinggalkan sembahyang. Untuk orang yang kuat, dia hantar jeneral untuk suruh smbahyang tetapi dia rumitkan dengan suruh bersuci betul-betul sampai waswas. Akhirnya orang kuat tadi rosak sebab waswas.

4) Apabila ujian semakin besar dan rumit, itu maknanya jemaah semakin kuat dan membesar...maka musuh datang dari luar dan dalam.

5) Nabi Musa dan jemaahnya dari kalagan Bani Israel sebagai contoh...mereka tak ada banyak masalah dan karenah masa berdepan dgn firaun. Mereka menjadi pengikut Nabi Musa yang baik. Tapi apabila Firaun, musuh yang kejam berjaya dikalahkan, Nabi Musa terpaksa berdepan dengan karenah dalaman pengikutnya pula yang bertali arus. Ada yang sembah anak patung lembu samiri...ada yang nak tengok tuhan...ada yang engkar arahan masa nak masuk Baitul Maqdis dan banyak lagi.

6) Kisah Tholut dan Jalut sebagai contoh...sebelum diberi kemenangan gemilang oleh Allah, nabi pada zaman itu dan Tholut terpaksa berdepan dengan karenah dalaman ahli sendiri...ada yang tak sabar dalam tarbiyah gopoh nak berperang sebelum tiba masa...bila turun perintah perang, lari berpaling...ada yang tak puas hati dengan ketua yang dipilih kerana rasa diri lebih baik...ada yang engkar arahan ketua jangan minum air sungai...semuanya menjadi tapisan Allah untuk zahirkan tentera yang terbaik...cerita ini Allah rakamkan dalam surah Al-Baqarah, surah yang banyak cerita tentang perangai Orang Islam Munafik.

7) Zaman Rasulullah s.a.w, ketika zaman belum kuat di Mekah, mana ada munafik? Masa tu musuh hanya satu, kafir Quraish...tapi apabila Islam kuat dan ada kuasa di Madinah, musuh bukan setakat Quraisy, Rom dan Farsi dari luar...yahudi dan munafik dari dalam Madinah pun memusuhi dan mengancam Islam...munafik ni musuh dalam selimut.

8) Zaman sahabat...Saidina Abu Bakar, tempoh pemerintahannya yang sebentar terpaksa berdepan dengan musuh-musuh dalaman umat Islam yang enggan menurut arahan dan membelakangkan syariat zakat selain ada yang mengaku nabi.

9) Zaman Saidina Uthman dan Saidina Ali...para sahabat bukan banyak bertembung dengan musuh dari luar seperti empayar-empayar dan kaisar-kaisar...tetapi bertembung dengan musuh dari dalam umat Islam sendiri sehingga menghasilkan kekabutan dan menatijahkan perang siffin dan perang jamal...itu di era sahabat yang mulia.

10) Adakah kita yang bukan dari kalangan sahabat Nabi s.a.w tiba-tiba lebih hebat sehingga terselamat dari mehnah dan ujian seumpama itu? Orang yang faham hakikat ini, mereka tidak akan melatah dan patah semangat...ada hikmah di sebalik mehnah tersebut

11) Bertahanlah...walaupun ada ribut petir dan kilat, jangan buntu dan putus asa. Bertahan dan berpeganglah pada tempat-tempat yang kukuh...berpeluk dan berpautlah kemas pada tiang yang kukuh atau pokok yang kuat. Jangan berpaut pada lalang...tak lama...sampai masa ribut kilat akan berlalu...hujan renyai-renyai akan mengiringi dan alam akan kembali tenang...tiang dan pokok yang kukuh itulah Usul Isyrin As-Syahid Imam Hassan Al-Banna berkaitan adab dan disiplin berjemaah.

Sumber & Olahan Semula daripada Facebook Hazmi Dibok
0 Komentar untuk "Golongan Munafik Dalam Gerakan Islam"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info