adsense 5 Perkara Orang Berniaga Kena Alert - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

5 Perkara Orang Berniaga Kena Alert


Bismillah. 

Lubang yang kecil jika tidak ditutup boleh menenggelamkan kapal laut yang besar. Begitu juga bisnes dari rumah. Kesilapan kecil jika tidak di awasi & perbetulkan pasti mengundang kesilapan yang lebih besar. Sepanjang lebih 5 tahun, ada beberapa perkara yang Ceo nak kongsi supaya kita boleh sama-sama bertindak dengan mempunyai kefahaman yang betul. Boleh Ceo kongsi 5 perkara dahulu?


1: Nak untung lebih.
Ramai Usahawan seronok jika pelanggan yang baru membeli produk kita tapi terlupa nak added value dalam urusan ini. Serah produk tanpa bungkusan yang berkualiti. Hanya guna plastik yang biasa, nipis & murah. Usahawan ini tidak bersedia. Masa serahan secara Cod adalah peluang terbaik untuk bina hubungan. Yang paling malang, langsung tidak ada bungkusan disertakan. Serah produk, terima bayaran & blah. Usahawan ini anggap,pelanggan tidak kisah. Ya, mereka tidak kisah untuk berurusan lagi di masa hadapan.

2 : Tidak sediakan duit tukar
Pernah alami ini. Kita di tanya semula setelah kita membuat bayaran. "Tuan ada duit kecil?" Tugas sediakan duit terletak di bahu Usahawan. Bukan pelanggan. Sentiasa sediakan duit tukar. Takde. Pergi bank tukar. Mudah tapi menyusahkan orang lain.

3 : Tiada name card 
Kad bisnes adalah duta kecil kita. Ianya sangat murah & mesti ada di bawa bersama. Letak lebih di kenderaan & beg. Walaupun bisnes kecil, tapi name card biar yang berkualiti. Buat kelainan sikit. Letak gambar kita sendiri di ruang kad tersebut. Apabila pelanggan lihat, mereka pasti ingat kita. Cuba kita lihat name card Usahawan lain yang kita terima. Pasti kita cepat ingat wajah Usahawan tersebut.



4 : Tidak ada resit
Usahawan takut nak keluarkan bajet untuk resit rasmi. Mereka rela beli resit kosong di kedai mamak & chop sahaja kat resit. Ini pun ok daripada tidak ada langsung. Walaupun bisnes kecil tapi mesti ada resit rasmi yang berwarna. Tindakan ini menunjukkan seolah olah perniagaan kita ini besar walaupun hakikatnya kita bisnes secara solo dari rumah. Jika kita ada kelebihan ini, pesaing sudah tertinggal setapak di belakang.


5 : Pakai selipar 
Pernah jumpa Usahawan yang berselipar hantar produk kepada pelanggan? Ini menunjukkan mereka masih amatur. Jangan ikut sikap ini. Kita mesti berkasut yang bersih. Penampilan mesti kemas. Kuku kaki mesti potong setiap 10 hari. Pelanggan yang eksklusif memandang ini. Pakai kasut yang sesuai & selesa bila ada temu janji dengan pelanggan. Jika tak biasa, biasakan. Ini bukan untuk kita tetapi untuk pelanggan. Mereka suka, duit mereka menjadi duit kita tetapi mereka rela & gembira.
Sedikit ilmu untuk di kongsi bersama. Semoga memberi manfaat. In Shaa ALLAH. Amin. He2 kopi satu!

Ditulis Oleh Facebook CEO Samad Kinto
0 Komentar untuk "5 Perkara Orang Berniaga Kena Alert"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info