adsense Usahawan Dari Rumah Yang Berjaya - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

Usahawan Dari Rumah Yang Berjaya



Bismillah. Jangan pandang remeh Usahawan yang berniaga dari rumah. Walaupun tiada pejabat & kedai yang besar, kejayaan bukan ditentukan oleh perkara tersebut. Sikap Usahawan yang berjaya berniaga dari rumah ada beberapa perkara yang orang luar tidak tahu. Jika mahu ikut langkah gemilang mereka, kita mesti ubah beberapa rutin harian. Ceo kongsi 5 perkara rutin harian mereka :

1 : Bank
Mereka jadikan Bank sebagai tempat persinggahan tetap. Isi borang wang masuk dari rumah. Ambil lebih borang tersebut untuk lebih mudah. Jumpa kerani kaunter Bank. Bertegur sapa dengan mereka. Kenali branch manager bank tersebut. Biar mereka hafal nama kita. Bina hubungan yang erat dengan mereka. Mereka juga prospek yang berkualiti untuk menjadi pelanggan kita di masa hadapan.

2 : Surat khabar
Berhenti membaca surat khabar. Apa dia? Ya. Ceo ulang semula. Berhenti baca surat khabar setiap hari. Berita yang terkandung dalam surat khabar adalah berita semalam. Berita lapuk tidak membantu. Ubah bacaan. Baca buku bisnes tentang jualan,motivasi, kewangan & agama. Ini sangat membantu. Makanan minda yang betul membantu menguatkan daya fikir. Idea baru juga boleh kita jumpa dalam buku yang kita baca.

3 : Tv
Usahawan hebat dari rumah tiada masa melihat Tv. Rak buku atau perpustakaan mereka lebih besar dari Tv. Dari membazir emosi menangis melihat filem hindi, lebih baik membuat perkara lain yang lebih berfaedah. Kurangkan menonton, lebihkan membaca.

4 : Rancang
Mereka merancang untuk perkara hari esok. Tulis apa perkara penting yang mahu di lakukan sebelah malam sebelum tidur. Ikut apa yang ditulis dengan tindakan. Jangan terkejut terlalu banyak perkara yang dapat di selesaikan dengan ini.

5 : Kawan 
Mereka memilih kawan untuk melepak. Lepak dengan semua tetapi lebih lama dengan kawan yang bernilai. Jangan tidak tahu, tempat kegemaran Usahawan bisnes dari rumah untuk membuat temu janji adalah kedai makan atau restoran mamak. Tempat percuma untuk berbincang,hanya perlu bayar makan & minum apa yang di pesan. Mereka berborak tentang peluang & bisnes. Bukan kisah politik atau gosip.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada penulis & pembaca. Ceo nak melepak jap. Sudi temankan? He2 kopi satu!

Ditulis Oleh Facebook CEO Samad Kinto
0 Komentar untuk "Usahawan Dari Rumah Yang Berjaya"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info