adsense Syeikh Jibril Suara Yang Kekal Muda - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

Syeikh Jibril Suara Yang Kekal Muda



Semalam semasa solat maghrib dan isyak di London Central Mosque, Syeikh Muhammad Jibril (Imam Masjid 'Amr bin al-As Mesir) menjadi imam. Semasa solat subuh juga beliau menjadi imam. Jumaat lepas pun dia menjadi imam. Apabila mendengar suaranya membaca Al-Quran ia mengingatkan saya ketika saya berusia 20an. Ketika itu saya belajar di Jordan. Bertungkus lumus saya pergi ke sebuah masjid di 'Amman kerana Syeikh Muhammad Jibril datang ke sana dan menjadi imam tarawih. Saya ingat kelantangan dan kelunakan suara beliau. Saya solat betul-betul di belakangnya. Saya beli kaset bacaan beliau.

Beberapa tahun lepas saya bertemu Syeikh Jibril ketika saya bersama Tun Mahathir. Beliau datang berjumpa Tun M. Tun memberitahu saya bahawa inilah imam yang menjadi imam ketika rakyat Mesir membuat demonstrasi yang sejuta orang bersolat di belakangnya. Saya sebenarnya sudah kenal beliau dan melihat beliau mengingatkan saya ketika saya belajar di Jordan dahulu.

Semalam, setelah hampir 20 tahun berlalu, saya sekali lagi mendengar bacaan beliau dalam tiga solat waktu. Suaranya hampir sama seperti dahulu. Walaupun wajahnya sudah berusia dan beruban, tapi suara masih utuh. Melihat beliau mengingatkan saya kepada usia saya betapa saya sudah 40an. Hampir 20 tahun berlalu, kini kenangan suara itu muncul kembali. Demikianlah bilah-bilah waktu yang berlari, datang dan pergi. Ya Allah rahmatilah daku!

Ditulis Oleh Dr.MAZA
0 Komentar untuk "Syeikh Jibril Suara Yang Kekal Muda"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info