Sheikh Adnan Al Ar'oor terangkan secara detail bagaimana Da'ish (ISIS) masuk ke bumi Syam dari Iraq :
1- Sheikh Adnan tunjuk kawasan yang begitu luas yang dibebaskan oleh semua briged-briged Mujahidin dari cengkaman rejim Al-Assad dan Syiah Hizbullat (70%) tanah Syria dikira bebas dari kejahatan Syiah Al-Assad termasuk kawasan Der-Azzour dan Al-Raqqah sebelum ISIS masuk dan sebelum ISIS isytiharkan negaranya (cuma tinggal lapangan terbang satu je yang belum ditawan oleh mujahidin)
2- (Minit 1:16) ISIS masuk dari Iraq (mereka masuk sebagai Mujahidin) penduduk kawasan itu ucap selamat datang kepada pejuang ISIS atas dasar mereka golongan mujahidin. Apabila ISIS melihat kawasan itu bebas dari kawalan Al-Assad dan hanya ada majlis-majlis pemerintahan kecil kecilan yang didirikan oleh Mujahidin maka mereka selesa di kawasan itu.
3- Mengapa Mujahidin selepas berjaya bebaskan kawasan itu tak dirikan Khilafah atau (Daulah Islam) di kawasan itu? kerana langkah dirikan negara walau dikawasan yang bebas akan menyebabkan berlaku banyak selisih faham dan pecahan di atara briged mujahidin sedangkan rejim Al-Assad belum tumbang sepenuhnya. Mujahidin yang sebenar memang bijak pandai dan ada akal pandai. Mereka tidak ingin ada perbalahan sesama mereka maka mereka tangguh dulu langkah itu.
4- Datanglah puak ISIS yang ramai dari Iraq dan negara lain dan mereka suka ria kerana kawasan itu telah bebas oleh Mujahidin sebenarnya! kemudian ISIS isytihar negara mereka!
5- Tetapi persoalannya : Adakahkah kamu (wahai ISIS) yang membebaskan kawasan itu dari cengkaman Al-Assad?
6- (Minit 2:38) Andainya ISIS ini setakat mendirikan Daulah sahaja, ISIS mula tuduh para Mujahidin yang bertungkus-lumus bebaskan kawasan itu dari rejim Al-Assad dan mengorbankan ramai Syahid sebagai (Assahawat),
7- (Mint 3:02) Erti Assahawat mengikut fahaman sesat ISIS adalah yang menentang jihad dan menentang mujahidin! tuduhan itu sangat mengejutkan para Mujahidin (3:07) ! kerana kamu wahai ISIS datang ke negara kami selepas kami berjaya bebaskan tanah negara kami kemudian kamu kata kami Sahawat dan pengkianat negara? (minit: 3:16).
Sumber Asal :
0 Komentar untuk "ISIS Menuduh Mujahidin Syria As-Sahawat?"