Pemimpin Politik Diseru Hormati Titah DYMM Sultan Selangor
Saya menghormati dan akur nasihat DYMM Sultan Selangor supaya saya menghadap selepas baginda kembali ke tanah air.
Sehingga itu, saya dan barisan EXCO akan menjalankan tugas seperti biasa bagi menjamin pentadbiran serta pengurusan negeri berjalan lancar dan baik.
Saya menyeru semua pihak terutama pemimpin politik menghormati titah DYMM Tuanku Sultan dan menghindarkan diri dari membuat kenyataan yang boleh mengundang tanggapan negatif terhadap DYMM Sultan Selangor.
YAB TAN SRI DATO' SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO' MENTERI BESAR SELANGOR
18 OGOS 2014
0 Komentar untuk "Hormati Titah DYMM Sultan Selangor"