adsense Jauhilah ISIS - Pemimpin Mujahidin Syria - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

Jauhilah ISIS - Pemimpin Mujahidin Syria


Video ini dirakam oleh pihak Mujahideen Media.

Emir Mujahideen Syeikh Muaz menasihati Rakyat Malaysia agar tidak terpengaruh dengan perjuangan ISIS.

Biodata Mengenai Syeikh Muaz

Nama : Syeikh Muaz Abu Soleh

Asal : Aleppo, Syria

Jawatan
● Pengasas Madrasah Jeelul Quran (Jeelul Quran adalah jaringan sekolah-sekolah Al-Quran, belajar hadith dan lain-lain)
● Ketua Majlis Agama Islam, Majlis Tempatan Aleppo
● Emir 2 Brigade Mujahideen di Aleppo
- Katibah Abdul Fattah Abu Ghuddah
- Liwa' Fastaqim Kama Umir

Soalan : Apakah ucapan anda untuk saudara-saudara kita di Malaysia ? Dan nasihat ada kepada pemuda-pemuda yang datang ke Syria dan ingin menyertai ISIS ?


Pertama sekali, mesej saya kepada saudara se Islam saya di Malaysia semoga Allah merahmati anda semua kerana membantu negara Islam. Kami mengetahui jasa anda semenjak zaman Palestin dan juga apa yang terjadi di negara Islam yang lainnya. Sekarang, selepas Turki...negara lain yang menyokong kami adalah Malaysia...dan saya maksudkan rakyat Malaysia.

Nasihat saya...teruskan membantu kami untuk menaikkan Panji Islam, penduduk Sham...mereka memerlukan pembantu. Kita perlu bersatu kerana apa yang kita lakukan ini akan ditulis di dalam buku amalam kita. Dan mari kita berikan contoh kepada yang lain. Tidak kira berapa jauh pun jarak di antara Malaysia dan Syria. Jika hati kita ikhlas kepada Allah dan Rasul, kita boleh menjadi satu umat dan ini adalah kewajipan di dalam Islam. Ini adalah perintah dari 

Rasulullah s.a.w seperti sabda Rasulullah s.a.w "Dia bukanlah seorang Muslim jika dia tidak mengambil berat terhadap Muslim yang lain dan Umat Islam itu adalah seperti satu jasad". 

Hakikatnya, saudara-saudara kami di Malaysia adalah contoh terbaik untuk menerangkan maksud "Satu Jasad" ini dan saya berharap agar rakyat Malaysia memberikan lebih banyak bantuan kerana jika 70,000 orang bersama-sama melakukan sebuah kebaikan, maka orang yang terakhir juga akan mendapat ganjaran yang sama seperti yang pertama.

Kami adalah berisan pertama yang membangun dan mempertahankan Islam. Anda semua berada di barisan kedua dan kita takkan berkongsi ganjaran ini...tetapi kita akan mendapat jumlah ganjaran yang sama banyak, Insya-Allah.

Kepada saudara se Islam kami di Malaysia, Kita semua mahukan sebuah Negara Islam. Jika anda bertanya kepada mujahid yang berpangkat rendah kepada yang pangkat tertinggi di negara ini, mereka akan memberitahu kamu yang matlamat kami adalah untuk menjalankan Syariat Allah dan meninggikan Kalimah Allah dan membina Sebuah Negara yang moden menjadikan Islam seperti Damsyik yang sebelum ini, iaitu yang menjadi cahaya kepada seluruh alam.

Tetapi saudaraku, jangan terpedaya dengan kata-kata...tidak semua orang yang mengaku muslim adalah Islam dan yang memakai pakaian Muslim adalah Islam. Islam ini tidak akan dimusnahkan kecuali oleh mereka yang mengaku Islam dan memusnahkan Islam dari dalam. Fitnah yang pertama yang menghancurkan Islam adalah Khawarij. Mereka melakukan solat dan berpuasa tetapi merasakan ibadah mereka lebih baik sehingga mereka melihat solat kamu, puasa kamu dan amalan kamu tidak setaraf dengan mereka. Mereka membanca Al-Quran tetapi tidak memahaminya. Mereka membaca Al-Quran tetapi mereka mengambil apa yang mereka suka sahaja di dalamnya. Mereka percaya kepada ayat-ayat mengenai peperangan tetapi mereka menolak ayat-ayat mengenai belas kasihan.  Mereka menolak ayat-ayat belas kasihan dan juga ayat-ayat memaafkan manusia dan Akhlak Islam. Mereka mengambil dari ISlam apa yang mereka suka sahaja. 

Ada tiga golongan tentera di dalam Islamic State of Iraq and Sham (ISIS) :

Golongan Pertama 

Khawarij : Mereka mengkafirkan Muslimin dan mengkafirkan apa sahaja ijtihad kita. Contohnya apabila mereka melihat seseorang memakai tali leher, mereka akan menuduh orang itu kafir. Walaupun ia adalah ijtihad ulama'-umala' yang paling mudah...mereka akan menuduh ia kafir kerana kamu tidak bersama mereka. Mereka akan memulakan perbalahan mereka akan mula mengkafrikan kamu dan menyesatkan kamu dan kebanyakan ketua mereka dalah dari kumpulan ini (Khawarij)

Kumpulan Kedua
Daulatul Islamiah Fi Iraq Wa Sham (ISIS) : Merupakan agen perisikan dari luar negara. Perkara paling mudah yang boleh dilakukan oleh perisikan anatrabangsa adalah menyarungkan pakaian Islam kepada perisik ini dan menyuruh mereka melakukan itu dan ini. Dan perisik-perisik ini akan berusaha bersungguh-sungguh pada mulanya sebagai sukarelawan, kemudian menyerang dan bertempur untuk menaikkan kedudukan mereka dan ini adalah masalah yang kita hadapi. 

Kumpulan kedua ini mula membunuh. Jadi apabila mereka mendapat fatwa, apa yang mereka lakukan ialah bunuh, bunuh dan bunuh, sebenarnya mereka hanya mengikuti arahan ketua mereka diperisikan antarabangsa ini.

Kumpulan Ketiga
Orang biasa yang baik, yang mahu mengibarkan panji Islam di Syam. Mereka terpedaya dengan penipuan ini dan juga terpedaya dengan panji. Saya akan katakan ini dengan mudah, seluruh briged Islam di Syria bekerjasama...walaupun mereka berbeza dari segi manhaj...dan juga berbeza pendapat dan visi, tiada masalah. Dan kami semua boleh bekerjasama. 

Saudara-saudara kami dari Jabhat (JAN) dan Tauhid (Liwa' Tauhid) mereka bekerjasama dari segi ketenteraan dan Allah bersama dengan Jemaah. Kumpulan yang suka menyisihkan diri, adalah mereka. Kumpulan yang hanya mahu bekerja bersendirian adalah mereka. Kumpulan yang selalu menyalahkan orang lain adalah mereka. Jadi jangan percaya dengan kata-kata mereka dan jangan percaya kepada mudahnya fatwa mereka. Jika mereka tidak bersama kamu, maka dia bersama musuh kamu...jadi kamu patut bunuh dia" TIDAK ! Islam adalah agama yang hanya Ulama' yang memahami maksud yang sebenarnya. Orang awam tidak boleh sewenang-wenangnya untuk menterjemah ayat Al-Quran.

Firman Allah Ta'ala "Padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan keapda Ulil Amri (Orang-orang yang berkuasa) diantara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya diantara mereka".

Mereka akan mengambilnya dari ahli Fiqh dan faham...Jadi nasihat saya, di dalam Islam ada perkara yang disepakati dan ada perkara yang mempunyai perbezaaan pendapat terhadapnya. Di tanah Syam perbezaan pendapat adalah perkara biasa. Sejak dari kecil, kita diajar yang setiap isu ada beberapa fatwa. Kami ada pendapat Imam As-Syafie, Imam Hanafi, Imam Maliki dan lain-lain.

Mereka datang dan mengatakan "Sesuatu ini adalah fatwa dan semua yang lainnya adalah batil (Sesat). Dan kamu adalah kafir jika mengikuti yang selainnya. Mereka akan mengambil dari Islam itu apa yang mereka mahu, dan meminggalkan apa yang mereka tak mahu. "Jangan kalian menjadi melampau dalam agama". Ini nasihat terakhir saya dan ini bukanlah dari saya. Ini adalah nasihat dari 

Rasulullah. Janganlah kamu ini melampau dalam agama, kecuali kami ini akan dikalahkan...dan ini yang telah menenggelamkan Ahli Syam. Dan ini yang berlaku kepada mereka (ISIS). Semua orang telah lari dari mereka dan menghalau mereka...dan ini bukan berlaku kepada sebahagian masyarakat tetapi kesemuanya. Orang ramai ini tidak selesa dengan mereka keran amereka ini mengamalkan Islam dengan paksaan dan tekanan.

Sesungguhnya Rasulullah itu telah memberikan kita dengan khabar gembira...dengan sabdanya "Sesungguhnya agama ini adalah rapi, teliti dan kukuh. Maka masukinya ke dalamnya (ajaklah) kepadanya dengan lunak dan lembut iaitu sebarkanlah ia (Islam) dengan senyuman, kebaikan dan hikmah...Sesungguhnya Allah akan menyebarkan dengan kemuliaan atau kehinaan. 

Dan saya berdoa kepada Allah agar menjadikan kami rakyat Syria dan kamu rakyat Malaysia dimuliakan dengan kemuliaan Islam, dan akan mengibarkan panji-panji Muslimin dan tidak akan menjadi hina dan Allah akan meninggikan Islam dengan kita sebagai pembantunya. Semoga Allah membalas kamu dengan sebaik-baik balasan. Terima Kasih. Allahuakbar !

Video dan Terjemahan Teks oleh Mujahideen Media


0 Komentar untuk "Jauhilah ISIS - Pemimpin Mujahidin Syria"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info