adsense UMNO Tidak Lagi Membela Bangsa - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

UMNO Tidak Lagi Membela Bangsa

Kalau Dato' Haji Nakhaie Ahmad bekas Pengarah YADIM sudah sedar Umno tidak lagi membela bangsa dan agama maka syukurlah. Bahkan katanya beliau tidak bersama dengan parti itu lagi. 

Dato' Nakhaie atau lebih sinonim dengan Ustaz Nakhaie pun bukan asing dengan PAS. Bahkan di era tahun 80-an beliau banyak berkhidmat untuk meletakkan asas PAS sebagai sebuah gerakan Islam selepas bermula kepimpinan ulamak 1982 sehingga menjawat Naib Yang Dipertua PAS Pusat (kini Naib Presiden) sebelum menyertai Umno pada tahun 1989.

Apatah lagi keluarga ustaz Nakhaie sememangnya keluarga PAS berasal dari Baling. Adiknya Dato' Najmi Ahmad bekas pegawai tentera yang bertanding atas tiket PAS dalam Pilihanraya umum ke 13. Allahyarham Ustaz Suhaimi Ahmad bekas ADUN Kupang dan Ustaz Musoddak Ahmad bekas pimpinan Pemuda PAS Kedah. 

Elok juga Ustaz Nakhaie buat pusingan U Turn dan kembali bersama dengan jemaah yang dia pernah menempa nama suatu masa dahulu.

Tidak timbul isu "U turn" kerana Tun Mahathir dulu pernah isytihar keluar dari Umno kerana tidak sekepala dengan Pak Lah. Akhirnya Tun buat pusingan "U Turn" kembali semula pangkuan Umno. Ku Li juga pernah buat pusingan "U Turn" lepas bubarkan Semangat 46. Ibrahim Ali entah berapa kali "U Turn" yang dibuat hingga dilabel sebagai kaki melompat.

Jadi kalau Pas Pusat dituduh dan ditohmah membuat U Turn dalam isu MB Selangor itu biasa. Kalau itu yang terjadi walaupun hakikatnya ia tohmahan yang tidak berasas dan tidak pernah berlaku U Turn atau gostan atau sebagainya dalam keputusannya 17 Ogos lalu.

Atas dunia tiada masalah untuk "U turn". Jangan di akhirat baru nak buat "U turn" masa itu sudah terlambat.

Oleh Facebook Page : Akhukum Abdul Malik
0 Komentar untuk "UMNO Tidak Lagi Membela Bangsa"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info