HAMAS mengumumkan tiga pemimpin kanan Briged Al-Qassam, unit bersenjata gerakan tersebut maut dalam serangan yang dilancarkan oleh tentera Zionis, hari ini.
Seorang pemimpin HAMAS, Musyir El-Mesry berkata,dengan kematian Al-'Attar, Abu Syamalah dan Mohammed Barhoum akan "membakar semangat" gerakan itu untuk meningkatkan serangan balas ke atas Zionis. Menurutnya, dengan kehilangan tiga komander mereka itu tidak memberikan kesan kepada HAMAS "kerana seorang yang pergi akan diganti dengan 1000 komander yang lain."
Menurut El-Mesry, jika berita itu menjadikan Israel tertawa maka mereka akan menangis sedikit masa lagi.
Seorang lagi jurucakap HAMAS, Samy Abou Zuhry (gambar) berkata, kehilangan 3 orang komander kanan Al-Qassam itu akan "membakar Zionis" kerana setiap pemimpin mereka yang syahid akan diabadikan nama mereka melalui roket-roket buatan mereka yang akan membakar Israel.
Oleh Facebook Page : Akhukum Abdul Malik
Oleh Facebook Page : Akhukum Abdul Malik
0 Komentar untuk "Hamas Isytihar 3 Komander Al-Qassam Syahid"