adsense Syeikh Abdul Hadi Sultan Ulama DI Malaysia - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

Syeikh Abdul Hadi Sultan Ulama DI Malaysia

Oleh: Mohd Asri Mat Daud

Negara Malaysia turut disanjung dengan penghargaan Kesatuan Ulama Sedunia terhadap Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Muktamar Kesatuan Ulama sedunia yang diadakan di Istanbul Turki. Profesor Dr Yusof Al-Qaradhawi, Ketua Kesatuan Ulama sedunia telah mencadangkan tiga calon pembantu kanannya dan nama Tuan Guru Haji Hadi telah dipilih serta disokong sebulat suara oleh sidang perwakilan muktamar tersebut. 

Beliau yang memiliki kepakaran dalam berbahasa arab dan ilmu politik Islam telah berjaya mentadbir negeri Terengganu apabila dilantik sebagai Menteri Besar pada tahun 1999 sehingga 2004. Beliau berjaya membangunkan pendidikan negeri dengan mengukuhkan kedua-dua institusi pendidikan formal dan informal dalam negeri. Dari sudut ekonomi, beliau telah berjaya mengurus pusat zakat dengan jayanya apabila memperolehi pungutan zakat yang paling tinggi antara tahun 2000-2004 dengan jumlah pungutan sebanyak RM 122.4 juta berbanding tahun 1990-1999 di bawah pentadbiran UMNO dengan jumlah kutipan hanya sebanyak RM 85 juta. Selain itu beliau telah menubuhkan semula Undang-Undang Islam dalam perlembagaan negeri dengan mengemukakan pengenalan beberapa enakmen yang berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah. 

Di peringkat antarabangsa pula, beliau yang digelar ‘Syeikh Abdul Hadi’, adalah seorang tokoh besar dalam dunia komuniti Islam kerana pandangan beliau dalam isu keamanan dan demokrasi serta pemikiran beliau dalam bidang pendidikan dan pembangunan umat Islam. Penglibatan beliau di peringkat antarabangsa bermula sejak di zaman universiti di Madinah juga Kaherah, Mesir dan beliau memainkan peranan penting dalam penubuhan Coordination of International Muslims Community (Jawatankuasa Penyelarasan Komuniti Islam Antarabangsa) yang berpangkalan di Istanbul serta menganggotai Committee of Mazhab Harmonisation (Jawatankuasa Pengharmonian Mazhab) yang berpengkalan di Tehran dan merupakan Committee of Al-Aqsa Freedom (Ahli Jawatankuasa Antarabangsa Kebebasan Al-Aqsa). 


Melihat kepada kejayaan beliau memimpin negeri Terengganu dan parti Islam Semalaysia (PAS) membuktikan lagi beliau adalah seorang pentadbir yang berintegriti disamping tidak meninggalkan rutin beliau mengajar di masjid dan surau serta mengarang buku-buku dalam bahasa arab juga bahasa Malaysia. Kefaqihan beliau dalam bidang siyasah syariyyah dan sejarah Islam dikagumi oleh pelbagai pihak. Boleh dikatakan nas dan tarikh-tarikh penting semuanya diingati oleh beliau, bersesuaian dengan kehebatannya yang boleh dikatakan mempunyai persamaan dengan ulama dahulu dari sudut ilmu dan tanggungjawab memimpin masyarakat beliau boleh digelar ‘Sultan Ulama Malaysia’. Hal inilah yang menyebabkan beliau sentiasa dinilai dipersada antarabangsa khasnya dalam memberi pandangan-pandangan dalam menyelesaikan kemelut yang melanda diperingkat antarabangsa. Bersesuaian dengan itulah, maka amat sesuai beliau dilantik sebagai timbalan ketua kesatuan ulama dunia. 

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) dan PAS amnya amat berbangga dibawah kepimpinan beliau yang terbukti telah memposisikan PAS sebagai sebuah parti yang disegani oleh pihak kawan mahupun lawan. Harapan juga agar kerajaan Malaysia menyanjung tinggi perlantikan ini dan dapat memanfaatkan kepakaran Tuan Guru Haji Hadi dalam bidang yang bersesuaian. DPPNK mengucapkan tahniah kepada Presiden PAS di atas perlantikan tersebut sekaligus mengharumkan lagi nama PAS dimata dunia. TAHNIAH TUAN GURU PRESIDEN!



* Penulis ialah Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan yang juga Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Kelantan.
0 Komentar untuk "Syeikh Abdul Hadi Sultan Ulama DI Malaysia"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info