adsense Kemerdekaan Nafsu Semata-mata? - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

Kemerdekaan Nafsu Semata-mata?


Merdekakan Diri Dari Hawa Nafsu

Para ulamak salafus soleh, di atas kesungguhan mereka memerangi "mengikut hawa nafsu", telah meninggalkan kata-kata mutiara yang baik untuk direnungkan bersama :


  • Berkata Ibnu Abbas r.a “Tidak ada di dalam Al-Quran, Allah s.w.t menyatakan hal hawa nafsu melainkan Dia akan mencelanya.”

  • Berkata Saidina Umar r.a, “Tahanlah diri ini daripada mengikuti nafsu syahwatnya. Sesungguhnya ia akan melahirkan hasrat yang tinggi yang akan membawa kepada kejahatan. Sesungguhnya kebenaran itu adalah berat tetapi menyihatkan dan adalah kebatilan itu sangat ringan (mudah diamalkan) tetapi ia sangat kuat berjangkit. Meninggalkan kesalahan adalah lebih baik daripada mengubati diri dengan bertaubat. Boleh jadi, satu pandangan kepada sesuatu perkara akan menyuburkan nafsu syahwat dan boleh jadi (melayan) nafsu syahwat walaupun sekejap akan mewariskan penyesalan yang berpanjangan.”
  • Berkata Saidina Ali r.a, “Sesungguhnya yang paling menakutkan aku yang akan berlaku kepada kamu semua adalah mengikut nafsu dan panjang berangan. Sesungguhnya mengikut nafsu akan menghalang kamu dari (melihat dan melakukan) kebenaran. Adapun panjang berangan, ia akan melupakan kamu akan dunia akhirat.” 
  • Berkata Saidina Ali r.a, “Awasilah diri kamu dari menjadikan hawa nafsu sebagai penentu hidup kamu. Akibatnya yang dekat adalah terlaknat dan akibatnya di akhirat adalah sangat tidak sihat.” Katanya lagi, “Hawa nafsu akan membutakan tuannya.” 

  • Berkata sebahagian ulama, “Aqal adalah teman yang akan memisahkan kita dari kemusnahan dan hawa nafsu pula adalah musuh yang akan memesongkan.” 
  • Berkata juga sebahagian ulama, “Sebaik-baik manusia adalah mereka yang menderhakai nafsunya dan semulia-mulia manusia adalah mereka yang menolak dunia di dalam dirinya.”
  • Berkata Ibnu Sammak r.h.m, “Jadilah orang yang menangguhkan sesuatu keputusan yang berpunca dari nafsu dan jadilah orang yang bersegera menggunakan keputusan aqal pada tiap sesuatu. Lihatlah akibat buruk daripada keputusan nafsu. Tenangkanlah dirimu dengan menjauhinya setiap waktu. Sesungguhnya menuruti nafsu adalah penyakit dan meninggalkannya adalah penawar. Bersabarlah dengan penawar sepertimana kamu takut kepada penyakit. 
  • Berkata Imam Ibnu Taimiyyah r.h.m, “Jihad melawan hawa nafsu adalah perkara pokok dalam jihad melawan orang kafir dan munafik. Sesungguhnya orang yang tidak mampu berjihad melawan hawa nafsunya, ia tidak akan mampu berjihad fi sabilillah. Sesiapa yang dapat menundukkan hawa nafsunya, maka dia akan menjadi mulia dan boleh memimpin. Sesiapa yang tidak mampu menundukkan hawa nafsunya maka dia akan terhina dan musnah binasa.”
  • Berkata At-Tabi’in Abdullah Ad-Dailami r.h.m, “Telah sampai perkhabaran kepadaku bahawa sesungguhnya perkara pertama yang membuatkan agama akan hilang adalah apabila manusia meninggalkan sunnah satu persatu sepertimana hilangnya kekuatan tali sedikit demi sedikit.”

    Apabila manusia meninggalkan sunnah, maka mereka akan menggantikannya dengan satu amalan lain dan mereka akan mengatakan seolah-olah ia adalah sunnah. Itulah bid’ah.

  • Imam Al-Ghazali r.h.m telah berkata, “Para ulamak telah bersepakat bahawa tidak ada jalan yang menyampaikan manusia kepada kebahagiaan akhirat melainkan dia mesti menahan dirinya daripada menuruti kehendak nafsu.” 
  • Imam Al-Hasan Al-Basri telah ditanya, “Adakah wujud kesyirikan pada ahli agama langit?” Jawabnya, “Ada! Munafik yang musyrik. Sesungguhnya orang musyrik bersujud kepada matahari dan bulan selain daripada Allah s.w.t. Adapun orang munafik, sesungguhnya mereka menyembah hawa nafsu mereka.” 
  • Berkata Ibrahim An-Nakha’ei r.h.m, “Janganlah kamu bercampur-gaul orang yang mengikut hawa nafsu. Sesungguhnya bergaul dengan mereka akan menyebabkan nur iman akan hilang dan ia akan mewariskan kemarahan di dalam dada orang beriman.” 
  • Berkata Mujahid r.h.m, “Aku tidak tahu, diantara dua nikmat ini, yang mana satukah yang paling berharga, sama ada aku diberi hidayah Islam atau aku disejahterakan daripada hawa nafsu.” 

  • Berkata Al-Auza’ei r.h.m, “Iblis berkata kepada pembantunya, daripada mana kamu masuk mengganggu anak Adam? Jawab pembantunya, saya mendatangi mereka dari pelbagai jalan. Iblis bertanya lagi, adakah kamu boleh masuk melalui jalan istighfar? Jawab pembantunya, tidak mungkin saya boleh masuk melaluinya kerana istighfar adalah gandingan tauhid. Kata Iblis, jika begitu, ganggulah mereka supaya mereka tidak beristighfar. Imam Al-Auza’ei berkata, “Syaitan seterusnya mengganggu mereka melalui jalan hawa nafsu di dalam beragama.” 
  • Telah ditanya Abu Hafs Al-Haddad berkaitan bid’ah. Jawabnya, “Melampau di dalam beragama, mengambil ringan dalam sunnah Nabi tercinta, mengikut pendapat manusia, meninggalkan sunnah dan mencontohinya dan mengikut hawa nafsunya.”

    Sesungguhnya aqal dan hawa nafsu sentiasa berperang di dalam diri manusia. Apabila sesuatu perkara tidak dapat dipastikan buruk baiknya, maka pilihlah perkara yang paling tidak disukai oleh nafsu. Menjauhi nafsu itu akan memperbaikkan sifat-sifat dalaman dan akhlak kita.

Imam Ibnu Qayyim r.h.m telah menyatakan bahawa jihad melawan nafsu ini ada empat peringkat. Apabila mereka berjaya melaluinya satu demi satu, akhirnya mereka akan menjadi manusia rabbani. Sesungguhnya para salafussoleh telah bersepakat bahawa mereka yang dikategorikan sebagai manusia rabbani adalah mereka yang mengetahui kebenaran, beramal dengan kebenaran tersebut dan mengajarkannya. Dengan amalan tersebut mereka layak menjadi ‘orang besar’ yang sentiasa mendapat doa kebaikan daripada kerajaan langit.

1. Jihad menuntut ilmu agama yang bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah
2. Jihad untuk beramal dengan ilmu yang telah dipelajari
3. Jihad untuk mengajarkannya kepada yang lain terutama kepada ahli keluarga sendiri
4. Jihad untuk berdakwah dengannya dan sentiasa bersabar menghadapi kesusahan dakwah tersebut.

Ditulis Oleh Facebook Dr Abu Anas Madani
0 Komentar untuk "Kemerdekaan Nafsu Semata-mata?"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info