Usul Dewan Ulama PAS Negeri Pahang, Melalui Muktamar Tahunan Yang Berlangsung Pada 24 Ogos 2014 Di Darul Amin, Sungai Gau Temerloh.
Mutakhir ini kita melihat terdapat dalam kalangan pimpinan PAS Pusat dan Adun-adun PAS yang bertindak menyalahi disiplin dan akhlak berjamaah.
1. Ada yang mengkritik Presiden secara terbuka.
2. Ada yang mempertikaikan keputusan majlis Syura Ulama.
3. Ada yang mendahului keputusan parti dan mencabar parti seperti yang dilakukan oleh dua Adun (Hulu Kelang dan Morib) dalam isu MB Selangor.
Kami merasakan jika dibiarkan perkara ini tanpa sebarang tindakan yamg sewajarnya, ia amat merbahayakan parti kerana ia bercanggah dengan konsep alwala' serta melambatkan kemenangn Islam seperti ayat :

انما وليكم الله ورسوله والذين ءامنوا الذين يقيمون الصلاة ويؤتون الزكاة وهم راكعون. ومن يتول الله ورسوله والذين ءامنوا فان حزب الله هم الغالبون.
"Sesungguhnya pemimpin kamu ialah Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan solat, menunaikan zakat dan tunduk patuh kepada Allah. Sesiapa yang berwala'kan Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman, maka sesungguhnya hizbullah itulah akan beroleh kemenangan" (Al Maidah 55-56)Maka muktamar yang bersidang pada hari ini 24 ogos 2014 mengambil ketetapan:
1. Mendesak Jawatankuasa Tatatertib menjalankan siasatan kepada mereka yang berkenaan dan jika sabit kesalahan hendaklah dikenakan tindakan yang sewajarnya.
2. Mendesak jawatankuasa tataterbib melucutkan keahlian dua Adun (Hulu Kelang dan Morib) kerana telah melakukan kesalahan yang besar dan juga mencabar parti.
Usul ini dibentangkan oleh Naib Ketua Dewan Ulama PAS Pahang Ustaz Khairul Azmi Ismail dan diterima sebulat suara oleh 95 perwakilan dan AJK Dewan.
Ustaz Mokhtar Senik
Ketua DUP Pahang
0 Komentar untuk "Kepimpinan PAS Menyalahi Disiplin Jemaah"