adsense Pak Cik 60 an Menyakat Doktor Gigi - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

Pak Cik 60 an Menyakat Doktor Gigi


Doktor gigi adalah seorang yang sangat dekat dengan pesakit. Setiap rawatan memerlukan pemeriksaan dan sentuhan langsung. Sebab itu saya tak suka bercakap kuat dengan pesakit dan tak suka pesakit bercakap kuat dengan saya.

Nak guna high volume buat apa. Jarak saya dengan pesakit hanyalah beberapa inci sahaja. Bukannya 100 meter.

Tapi ada ketikanya kesopanan bersuara perlahan ini akan bertukar menjadi drama.

Masuk seorang Pak Cik berumur dalam lingkungan 60 an. Sebagaimana biasa saya jemput duduk dengan suara perlahan.

“Pok Cik mari duduk sini…” Bila pesakit dah duduk dengan selesa, baru saya tanya.

“Apa masalah gigi Pok Cik?” Pesakit ni diam je. Tak jawab apa-apa.

“Ada gigi Pok Cik hok sakit ko?” tanya saya lagi. Tapi Pak Cik ni diam saja.

“Tak apa, Pok Cik buka mulut, biar ambo check.”

Aik! Masih tak ada tindak balas. Diam je Pok Cik ni. Mulut pun dia tak buka. Macam mana saya nak periksa.

Lalu saya tepuk bahu dia dan nampak dia macam terkejut. Dengan high volume Pak Cik ni bersuara “Doktor!!! kena kecek kuat sikit!!! Ambo dok dengar!!!”

Hahahaaa…Terkena saya. Teringat cerita Bujang Lapuk. Siapa ntah yang kata, Sudin atau Ajis. “Encik!!! Sound dia rosaaakk!!

Macam-macam laa Pok Cik niii…
 
Penulis Dari Facebook DrAzman Ibrahim
0 Komentar untuk "Pak Cik 60 an Menyakat Doktor Gigi"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info