Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad adalah di antara motivator otai dalam negara. Beliau sudah berada dalam industri latihan dan motivasi lebih 30 tahun.
Namun, saya masih ingat antara pesan beliau semasa saya mula-mula melangkah ke dunia latihan dan motivasi iaitu 'janganlah meletakkan diri sebagai PAKAR MOTIVASI kerana bukan kita yang mengiktiraf diri kita. Jika orang tanya, cukup sekadar menjawab sebagai 'perunding motivasi'.
Jika ada sesiapa yang menggelarkan kita sebagai 'PAKAR MOTIVASI', itu bonus. Dalam erti kata lain, 'let our achievement talk by itself.'
P.S: Begitu juga orang yang puji diri sendiri sebagai 'hensem' atau 'comel' yang terlalu kerap. Sudah-sudahlah.
Ditulis Oleh Facebook Amin Idris Official Fan Page
0 Komentar untuk "Etika Sebagai Trainer & Motivator "