Menulis Matlamat
Setiap individu mempunyai matlamat. Matlamat untuk Berjaya, untuk mencapai kejayaan, dan macam-macam lagi. Tetapi sekadar hanya mempunyai matlamat tidak mencukupi kerana ia ibarat angan-angan kosong.Oleh itu, sentiasalah menulis matlamat anda selalu. Kerana dengan menulis matlamat, ia akan menjadi sesuatu yang boleh dilihat dan dipegang.
Dengan menulis matlamat, ia akan masuk ke dalam minda anda(separuh sedar) dana akan diproses untuk mencari peluang-peluang mencapai matlamat tersebut.
Tetapi, tidak cukup hanya menulis sekali sahaja matlamat anda itu. Anda harus menulisnya berkali-kali sehingga ia memberi pulangan kepada anda. Sekiranya anda menulisnya berulang-ulang kali, ini akan menggandakan peluang anda untuk mencapai matlamat tersebut.
Kajian mengatakan bahawan 98% orang tidak menulis matlamat!
Kerana?
• Mereka tidak tahu cara untuk menetapkan matlamat tersebut kerana tidak pernah didedahkan.
• Tidak percaya dengan menulis matlamat, ianya memberikan faedah. Kebanyakannya mengatakan bahawa sudah cukup untuk berfikir sahaja matlamat itu tanpa menulisnya. Itu salah!
• Takut menetapkan matlamat dan menulis matlamat kerana takut tidak tercapai.
Sumber Facebook : Firdaus Jamaludin Network Marketing
0 Komentar untuk "Ingin Berjaya? Tulislah Matlamat !"