Kertas kerja Amanat Presiden PAS - Strategi 2 Lapis. Usaha Anwariyun untuk menjadikan PAS berlunak dengan PKR dan mengiktiraf Anwar sebagai PM.
Pada tahun 2003, Presiden PAS telah membentangkan satu kertas kerja bertajuk Amanat Presiden Strategi 2 Lapis di Konvension Piliharaya PAS di Bangunan Biro Perkhidmatan Angkasa Kelana Jaya.
Kertas kerja ini disediakan oleh kumpulan Anwariyun, dan penulis utamanya ialah Dr Dzulkli Ahmad, Pengarah PPP dan dibantu oleh Dr Hatta, Ir Nizar, Mujahid Yusuf Rawa, Khalid Samad, Husam Musa, Dr Mariah, Dr Lo' Lo, dan Kamaruddin Jaafar, dan malangnya kertas itu ditolak oleh Konvension.
Strategi dua lapis itu tersirat langkah untuk berikan kerjasama pada PKR seluasnya termasuk pembahagian kerusi dalam PRU kerana alasan PAS tidak boleh menang sendirian dan mengkitiraf Anwar sebagai Perdana Menteri.
Kertas ini telah diberikan lewat di saat akhir (sebagai satu strategi) agar Presiden tidak sempat meneliti kandungannya. Presiden mendapat kertas itu sehari sebelum Konvenson tersebut. Presiden membentangkan kertas itu dalam keadaan tidak yakin, tidak pasti dan tidak selesa ketika membacanya.
Apabila kertas ini selesai dibentangkan, kertas ini telah dibahas oleh Mat Sabu (ketika itu, Mat Sabu tidak suka kepada Anwariyun) dan Ustaz Abu Bakar Chik. Di susuli pula oleh beberapa pemimpin PAS Pusat, Negeri, dan Dewan-Dewan yang lain. Akhirnya kertas amanat ini ditolak kerana ia membahayakan PAS dan masa depan PAS. Tidak pernah satu pun kertas kerja Tuan Guru Hj Hadi ditolak oleh PAS, tapi dalam konvension tersebut kertas tersebut telah ditolak.Subky Latif kata, perancang dan penulis kertas itu mahu membunuh Presiden PAS dan memalukan Presiden PAS.
Usaha Anwariyun untuk menjatuhkan air muka Presiden dan krediliti Presiden bukan sekali. Usaha anwariyun untuk kuasai PAS dan meletakkan Anwar lebih tinggi dari pemimpin PAS sudah dirancang sejak 1990 dalam kertas kerja yang disediakan oleh YB Shaari Sungip, Presiden JIM.
Ditulis Oleh Facebook Albangi Selangor
0 Komentar untuk "Strategi 2 Lapis Ciptaan Pendokong Anwar"