adsense EKSKLUSIF : Kisah Survival Klinik Badang Dilanda Banjir "Bah Merah 2014" Oleh Dr.Afiq Rahim - SIRI 6 - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

EKSKLUSIF : Kisah Survival Klinik Badang Dilanda Banjir "Bah Merah 2014" Oleh Dr.Afiq Rahim - SIRI 6


Sinar di sebalik Mendung
26/12/14 - 2230H
Catatan Ke-6
=============
Sambungan

Berita mendukacitakan itu berbunyi

"Dr, pegawai kami telah membuat pemeriksaan awal di jalan perhubungan ke Badang. Pagi tadi kami masih boleh melalui dengan trak itu pun air sudah menenggelami lampu trak kami. Kini bukan setakat lampu sahaja tenggelam bahkan mungkin trak tentera itu sendiri akan karam ditelan arus deras." kata koordinator tentera di sini.

Saya kelu sambil memandang wajah waris pesakit yang melihat saya dengan penuh harapan. Mereka menunggu dengan sabar transportasi ke hospital.

"Maaf, tiada jalan lain kecuali helikopter..." saya memberitahu mereka dengan perasaan sugul. Mereka juga tunduk mengenang nasib masing-masing.

Awan mendung berarak di atas kami. Di saat kami menjangkakan ribut pasti melanda, tiba-tiba sinaran mentari memancar di sebaliknya. 

Saya menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali.

"Tuan doktor, kami telah berjaya mendapatkan bantuan helikopter tentera. Dijangka sampai petang ini. Kami akan memberitahu pihak tuan jika kami akan berlepas."

Ya Allah, saya mendongak ke langit bersyukur kerana secebis berita gembira ini. Namun seperti sebelumnya harapan kami semakin malap. Jam berganti waktu. Tiada panggilan daripada pihak mereka. Wajah waris dan staff daripada girang bertukar resah ibarat seorang ibu menunggu kepulangan anaknya di pintu rumah.

Ketika harapan itu semakin kabur, akhir saya menerima panggilan pihak tentera udara yang mereka akan berlepas ke sini.

Kami bergegas meredah banjir ke kawasan helipad di SMK Badang. Helikoptar tentera kelihatan berlegar-legar di ruang udara untuk mendarat.

Jam 7.15 malam dalam kepekatan hitam, semua 5 pesakit kritikal saya berjaya diterbangkan ke HUSM. 

Hati tidak henti2 berzikir mensyukuri pertolongan ini. Di udara, sebahagian Kota Bharu bergelapan. 

Kawasan saya Badang telah bertukar menjadi Pulau Badang dengan dikelilingi sungai-sungai berarus deras. 

Kenderaan berpusu-pusu keluar daripada bandaraya ini. Chaos!

Kami selamat mendarat di padang HUSM sekitar jam 740 malam. Saya disambut sahabat saya Mejar Afnan. Pesakit dipindahkan segera dan saya perlu bergegas pulang ke Hospital Darurat Badang. Seorang pesakit disyaki stroke baru tiba di hospital dan sedang menunggu saya.

Sepanjang perjalanan pulang di udara, barulah beban di pundak saya terasa ringan. Lega. Kelegaan itu menerbitkan segala kesakitan yang disembunyikan badan semasa bertugas. Kepala saya berdenyut kuat mungkin akibat deruman enjin helikopter berfrekuensi tinggi.

Setiba di 'klinik', Allah anugerahkan lagi pertolongan kepada saya. Seorang doktor daripada Bachok melapor diri. Saya mohon berehat sebentar. Belum sempat kaki melangkah keluar, seorang waris datang dan memberitahu bahawa ahli keluarganya kini sesak nafas akibat lebihan air dalam paru-paru. Pesakit sudah 4 hari tidak dialisis!

Allah.....saya mengarahkan pesakit segera dibawa ke sini. Oh ya, saya juga mempunyai 3 org ibu yang dalam fasa awal mahu melahirkan anak manakala ibu muda itu masih belum melahirkan anak. False labour.

Hehehe.....saya masih belum boleh berehat rupanya. Saya mohon sahabat baru saya take over sebentar utk saya bersolat dan mengemas diri.

Terima kasih tentera darat dan udara.

Terima kasih agensi kerajaan yang terlibat.

Terima kasih rakyat Malaysia yang mendoakan kami.

Terima kasih Malaysiakini yang mensensasikan statement kontroversi saya.

Terima kasih Allah akan ujian-Mu yang mengajar kami banyak ilmu baru.

Teruskan berdoa dan menderma. Percayalah, Allah mendengar rayuan kita semua.

Salam Bisikan Sayu dari Pulau Badang.

Ikhlas berkhidmat
Dr Afiq Rahim, DAR

Post Asal : https://www.facebook.com/affick/posts/10152629795026896

Bersiap sedia untuk berlepas ke HUSM di dalam helikopter tentera.

Labour Room Hospital Pulau Badang

Berdebar di hadapan libasan angin kencang daripada bilah helikopter

Meredah banjir ke helipad
--------------------------------------------------------------------------------

PENDEDAHAN EKSKLUSIF KISAH SURVIVAL KLINIK BADANG DILANDA BANJIR "BAH MERAH 2014" OLEH DR.AFIQ RAHIM
>>> CATATAN 1
>>> CATATAN 2
>>> CATATAN 3
>>> CATATAN 4
>>> CATATAN 5
>>> CATATAN 11

--------------------------------------------------------------------------------
0 Komentar untuk "EKSKLUSIF : Kisah Survival Klinik Badang Dilanda Banjir "Bah Merah 2014" Oleh Dr.Afiq Rahim - SIRI 6"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info