adsense Kisah Guru Sanggup Merangkak Demi Memberi Kefahaman Pelajaran Kepada Muridnya - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

Kisah Guru Sanggup Merangkak Demi Memberi Kefahaman Pelajaran Kepada Muridnya



Ada seorang cikgu saya kenali di kawasan sini yang sangat saya hormati atas dedikasinya. Hidupnya sentiasa sahaja dengan anak murid dan bekas muridnya. Pernah mantan ketua saya memuji-muji guru ini menyebabkan saya begitu kepingin benar mengenali dirinya. Saya mahu menceduk aspirasi lalu meminjamnya dan menjadikan inspirasi buat diri saya.

“ Kalau cikgu berada dalam kelasnya, cikgu rasa kagum dengan kesungguhannya, dia akan mengajar anak muridnya sampai boleh, hatta dia akan sanggup merangkak menunjukkan maksud perkataan ‘MENYUSUP’ supaya membolehkan anak didiknya faham akan kata tersebut “

Cikgu ini yang dilahirkan sebagai anak peribumi Orang Asli ditugaskan pula mengajar anak-anak orang Asli juga. Bagi mereka yang dekat dengan kehidupan orang Asli tentu lebih mengerti jerih dan payahnya, seribu satu cabaran dan kesukaran diharungi, dan hanyalah guru yang ditempatkan di penempatan sebegini yang boleh mengerti dan fahami.

Allah mengizinkan pada satu tahun saya dan cikgu tersebut sama-sama menjadi Hakim Pertandingan Bercerita di beberapa kelompok/zon sekitar daerah saya. Rasa beruntung dapat berkongsi satu kereta apatah lagi berkongsi pengalaman hidupnya.

Tentang bagaimana dia sanggup ‘menurunkan’ anak-anak dari kaki gunung itu untuk belajar bersama-sama di rumahnya sendiri. Setiap hujung minggu jika berkelapangan. Tentang pengorbanan wang, masa dan tenaga bukanlah setakat meniti di bibir sahaja. Bagaimana pengorbanan ini telah berhasil sehinggalah anak-anak dari gunung ini sudah melanjutkan pelajaran ke universiti. Anak-anak ini juga sentiasa menitipkan khabar buat cikgunya.

Sesekali apabila bertemu dengannya.

“Anak–anak engkau macam mana Man? “ Saya sekadar bertanya tentang bekas anak muridnya yang dijaga selama ini.

“Oh biasalah, sibuk dengan exam di sana...” Khabarnya itu diceritakan bersahaja seolah-olah anak-anaknya sendiri. Lalu, sibuk menambah cerita–cerita yang lain.

“Bagaimana pula dengan anak-anak generasi sekarang pula? “Tanya saya tentang murid-muridnya sekarang. Kemudian, sekali lagi panjang ngomelannya yang santai tapi bermakna. Cabaran tentang rutin dan beban tugas, peperiksaan dan hal-hal lain.

Wajahnya yang semakin berusia. Kerut pada muka jelas kelihatan. Ketika saya mula-mula mengenalinya dan kini sudah berbelas tahun bertemu sesekali dengannya. Sentiasa malar segar dengan aspirasi hidupnya. Tentang hidupnya menjaga ibunya yang semakin tua dan berusia. Tentang rumah baru yang dibina untuk emaknya dan adik-beradiknya. Masyaallah, benarlah hidup seseorang akan bahagia jika kita menjaga orang tuanya. Terasa diberkati , dirahmati dan tenang bahagia dengan pelbagai ganjaran, banyak penjuru kebaikan yang diperolehnya.

Semoga Allah mengampunkan dosanya.
Semoga Allah merahmati hidupnya
Semoga Allah mengganjari segala kebaikannya.
Allahumma amin.

Ketika duduk bersebelahan di meja hakim pertandingan dengannya, sebelum diizinkan peserta mengisahkan cerita mereka. Terdengar bisikan di mulutnya, sambal mengangkat tangan membacakan doa ;

“ Ya Allah, adilkanlah aku mengadili pertandingan ini, amin, amin, amin “ Mengaminkan doanya sendiri serta meraup wajahnya.

Terkesima jadinya. Berasa kerdil di sebelahnya namun sempat mengutip mutiara-mutiara hikmah ini untuk saya pelajarinya kerana bertemu seorang yang sebegini hebat. Guru hebat yang tidak didendangkan.

Justeru, tuan-tuan, simpanlah pujian tuan kepada saya untuk tuhan yang Esa. Ucapkanlah Alhamdulillah. Masih ramai guru yang saya kenal lebih hebat daripada siapa-siapa apatah lagi saya. Cumanya, mereka tidak bercerita seperti saya. Dan, saya menyimpan cerita-cerita mereka sebagai bekal buat saya untuk berjuang.

Berbuatlah kebaikan bukan kerana manusia. 

Jika kita mencari redha Allah, pasti kita sentiasa dalam naungan-Nya.

https://www.facebook.com/shahidan.shuib
0 Komentar untuk "Kisah Guru Sanggup Merangkak Demi Memberi Kefahaman Pelajaran Kepada Muridnya"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info