adsense Terbaru : Kerajaan Brunei Mengharamkan 19 Penggunaan Kalimah Ini Untuk Orang Bukan Islam !!! - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

Terbaru : Kerajaan Brunei Mengharamkan 19 Penggunaan Kalimah Ini Untuk Orang Bukan Islam !!!

Sepertimana yang ktia tahu, Hukum Hudud telahpun dilaksanakan di Brunei, kini pula Kerajaan Brunei juga telah mengharamkan penggunaan 19 perkataan termasuk Allah dan masjid oleh orang bukan Islam di negara itu.




Brunei Times melaporkan, pengharaman itu berkuat kuasa bulan ini dibawah Kod Panel Syariah.

Lain-lain perkataan diharamkan adalah Azan, Baitullah, Al-Quran, Fatwa, Firman Allah, Hadis, Haji, Hukum Syarak, Ilahi, Kaabah, Kalimah Syahadat, Kiblat, Imam, Mufti, Mukmin, Solat dan Wali.


Pegawai Undang-undang Syariah Kanan Unit Undang-undang Islam Hardhifadhillah Mohd Salleh berkata Kod Panel Syariah juga diguna pakai kepada bukan Islam termasuk kesalahan berzina dengan pasangan Islam, minum arak ditempat awam dan khalwat dengan pasangan Islam.

"Jika sabit kesalahan, hukuman adalah denda sehingga B$4,000 (RM10,400) dan / atau satu tahun penjara. Bagi pesalah zina yang dilakukan oleh seorang Muslim yang sudah berkahwin tetapi bukan Islam, kedua-dua mereka boleh dikenakan hukuman rejam sampai mati jika kesalahan itu dibuktikan oleh pengakuan atau kesaksian empat saksi," katanya.

Menurutnya, mana-mana pihak yang menghasut lelaki atau wanita Islam bercerai atau tidak menjalankan kewajipan terhadap pasangan masing-masing, boleh dikenakan denda sehingga B$4,000 (RM10,400) dan / atau penjara setahun.

"Mana-mana ibu atau bapa beragama Islam yang ikhlas menyerahkan anak mereka dipelihara oleh orang bukan Islam, boleh dikenakan denda sehingga B$20,000 (RM52,000) dan atau penjara lima tahun," katanya.
0 Komentar untuk "Terbaru : Kerajaan Brunei Mengharamkan 19 Penggunaan Kalimah Ini Untuk Orang Bukan Islam !!!"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info