adsense PANAS !!! Dato Takiyuddin Dan Sukarelawan DIHALAU KELUAR Ketika Menolong Mangsa Banjir !!! - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

PANAS !!! Dato Takiyuddin Dan Sukarelawan DIHALAU KELUAR Ketika Menolong Mangsa Banjir !!!




Dato Takiyuddin menulis surat penarikan diri daripada mengendalikan makanan kepada mangsa banjir setelah menerima ARAHAN KELUAR / DIHALAU oleh wakil pihak sekolah menghentikan penyediaan.




Sek.Men.Keb.Sultan Ismail, Kota Bharu.

Puan,

PENARIKAN DIRI PENGENDALI MAKAN MINUM MANGSA BANJIR DI SEK.MEN.KEB. SULTAN ISMAIL, KB.

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Sebagaimana Puan maklum, atas ehsan pihak sekolah ini, SMKSI telah dijadikan pusat pemindahan banjir apabila banjir melanda kota bharu tahun ini. Sehubungan dengan itu, satu Pasukan Sukarelawan (Kebanyakan Wanita) telah dengan sukarela melakukan kerja-kerja memasak untuk makan minum semua mangsa (Sekitar 2,500 orang).

Dukacita kira-kira jam 8.30 malam ini (27.12.2014), seorang guru SMKSI, CIKGU ZURAINI ARIFFIN telah mengarahkan sukarelawan yang bertugas supaya KELUAR SEGERA daripada premis SMKSI kerana katanya "ada pihak lain yang akan mengambil alih tugas menyediakan makan minum" daripada sukarelawan yang sedia ada.

Oleh kerana percakapan saya dan YB Dr.Ramli Mamat (Exco Kerajaan Kelantan) tidak berkesimpulan, saya dan pihak sukarelawan bersetuju untuk KELUAR daripada premis Puan (SMKSI) pada malam ini.

Tujuan surat ini adalah sebagai rasa tanggungjawab kami supaya langkah kami keluar ATAS ARAHAN PIHAK SMKSI (Melalui CIKGU ZURAINI) tidak disalah faham oleh mana-mana pihak.

Kami mohon pihak puan ambil maklum bahawa :

1. Pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya ada aduan mangsa-mangsa tidak mendapat makanan / minuman mulai pagi esok (28.12/2014) sehingga seterusnya.
2. Pihak CIKGU ZURAINI perlu bertanggungjawab atas segala makan minum mangsa banjir di SMKSI mulai makan pagi (28.12.204) sehingga seterusnya.

Kami doakan semoga SMKSI dibawah pimpinan Puan akan dapat memberi khidmat terbaik kepada anak bangsa kita yang menjadi mangsa bencana banjir ini.

Sekian, Terima Kasih.

Dato' Takiyuddin Hassan

ADR Kota Bharu.

Dr.Ramli Mamat

ADUN Bunut Payong / Exco Kerajaan Kelantan.
0 Komentar untuk "PANAS !!! Dato Takiyuddin Dan Sukarelawan DIHALAU KELUAR Ketika Menolong Mangsa Banjir !!!"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info