adsense Ya Allah !!! Kekuatan Apakah Yang Engkau Telah Pinjamkan Kepada Kaklah Ini ??? - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

Ya Allah !!! Kekuatan Apakah Yang Engkau Telah Pinjamkan Kepada Kaklah Ini ???





Subhanallah! Kekuatan apakah yang telah Engkau pinjamkan kepada wanita ini ya Allah? Sehingga begitu tegar menabur bakti dan keringat untuk saudara kami di sana.

Ketua Muslimat kami Yb Siti Zailah Mohd Yusoff, pengalaman saya bertugas di Pilihan Raya Negeri Sarawak yang lepas, saya ditakdirkan duduk serumah dengan beliau. Waktu itu saya bukanlah siapa2. Hanya seorang graduan baru keluar universiti yang ingin membantu jentera negeri.

Kaklah sambut kami dengan tangan yang sangat terbuka, waktu semua bilik di dalam rumah tumpangan itu telah penuh dengan petugas, Kaklah menawarkan kami (saya dengan seorang lagi sahabat) tidur bersama2 dengan beliau di ruang tamu rumah tersebut. "Kaklah dapat lurus2 badan kat sini pun jadilah, kito datang ni pun kan nak wat kijo...rehat sikit2 tu cukuplah. Kalau sudi marilah duk ngn Kaklah". Dia senyum.

Kami dengan senyum lebar setuju. Namun seingat saya tidak pernah sekalipun beliau tidur sebelum kami tidur (dek kerana jadual program beliau yang terlalu padat) dan tidak pernah juga beliau bangun selepas kami bangun. Pernah juga sekali kami bertekad nak bangun awal dari Kaklah, kunci jam segala bagai, bila terjaga..kami lihat sudah ada susuk putih di atas tikar sejadah...

Perjuangan Kaklah bukan sekadar dalam Parlimen, memperjuang projek tambatan banjir rakyat Rantau Panjang setiap kali sidang diadakan, malah beliau tidak pernah gagal untuk turun padang bersama2 rakyat yang dalam kesusahan mengharung arus deras.

Itupun, Kaklah masih sempat berpesan kepada saya, "Ayong tolong usahakan pertemuan Kaklah dengan adik2 Ameerah negeri2. Kaklah suka tengok maklumbalas muslimat muda dalam program dengan muslimat negeri2 ni."

Ya Allah, permudahkan urusan beliau dalam melaksana tanggungjawab ini. Ya,beliau sangat menginspirasi!

FB Fareedah Samad
0 Komentar untuk "Ya Allah !!! Kekuatan Apakah Yang Engkau Telah Pinjamkan Kepada Kaklah Ini ???"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info