“Orang Malaysia bodoh. Mereka tidak tahu urus (syarikat) penerbangan.”
Kata-kata itu diucapkan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika mengulas mengenai pelantikan seorang tokoh korporat Jerman sebagai ketua pegawai eksekutif baru Malaysia Airlines Bhd (MAS NewCo).
“Kebodohan” itu juga merupakan faktor penyumbang kepada kerugian yang dihadapi MAS, kata Mahathir dalam satu sidang media hari ini.
"Sekarang, mereka yang bertanggungjawab atas kerugian itu cuba membetulkan keadaan,” katanya.
Khazanah Nasional pada Ogos lalu mengumumkan rancangan melibatkan dana RM6 bilion untuk menyelamatkan MAS bagi membolehkan syarikat tersebut kembali merekodkan keuntungan dalam tempoh tiga tahun atau menjelanga 2017.
Ia melibatkan rancangan bagi penyenaraian semula MAS apabila ia kembali merekodkan keuntungan, dalam tempoh lima tahun selepas dinyahsenarai.
Prestasi kewangan syarikat MAS yang merosot sejak beberapa tahun lalu bertambah teruk selepas tragedi kehilangan pesawat MH370 dan juga kes MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine.
Para pengkritik mendakwa pelaburan Khazanah dalam MAS sebagai satu usaha penyelamatan kerajaan.
CEO syarikat penerbangan Aer Lingus Plc, Christoph R Mueller bakal menyertai MAS NewCo sebagai ketua pegawai eksekutif selepas 28 Februari.
Sumber : MalaysiaKini
0 Komentar untuk "PANAS !!! MAS Gagal Kerana Orang Malaysia Bodoh - Dr.Mahathir"