adsense Penangan Dr. Mashitah Selepas Sindir Ustaz Berhijrah - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

Penangan Dr. Mashitah Selepas Sindir Ustaz Berhijrah


KISAH DR MASHITAH DI PONDOK USRAH

"Ustaz, baru ni Dr Masyitah sindir ustaz melawak dalam kuliah artis berhijrah jadi pendakwah. Apa komen ustaz?" Tanya seorang pemuda dalam usrah mingguan pemuda cawangan. Hari ni kehadiran melimpah sampai tak muat pondok.

Saya sengaja sarankan sebuah pondok kayu bersebelahan surau jadi tempat usrah, selepas beberapa percubaan mengadakan usrah di dalam surau dan rumah-rumah ahli tidak mendapat sambutan. Rupanya orang muda bukan setakat sukakan pengisian usrah yang santai. Tapi suasananya juga santai. Persekitaran open air dengan hanya ditemani sebiji lampu memang sinonim dengan jiwa anak muda yang gemar melepak. Macam-macam jenis cara duduk ada. Tak apa yang penting mereka menerima.

Usrah kami biasanya berlangsung 40 minit. Paling lama pun tak akan sampai sejam. Alhamdulillah ramai yang istiqamah dengan tempoh yang singkat ini. Orang muda tidak boleh rasa bosan. Mereka akan rasa rugi usia dan tenaga mudanya hanya duduk diam sahaja. Saya tak pandai buat lawak, menyanyi atau berlipur lara. Jadi menyingkatkan masa adalah jalan terbaik bagi pemuda.

Hari itu saya baca hadis ke 19 dari buku 40 hadis Imam Nawawi, membicarakan hal tawakkal dan kuasa Allah. Tak sampai 10 minit saya selesaikan sesi hadis itu. Biasanya yang lama adalah soal jawab. Macam-macam soalan akan keluar, biasanya isu feqah. Memang tak ada kena mengena dengan tajuk hadis langsung. Tapi itulah orang muda. Biarkan mereka ekspresikan rasa diri tanpa perlu ikatkan dengan disiplin yang melampau. Mereka orang kampung biasa, bukan pelajar IPT atau gologan kolar putih.


"Kan Ustaz Azhar dah jawab?" Saya membalas soalan terakhir dari pengerusi majlis itu.

"Tak apalah. Nak dengar jawapan ustaz pula." Sampuk ketua pemuda yang duduk sebelah saya. Orang lain semua pandang saya menunggu jawapan.

Baiklah. Jawapan saya lebih kurang Ustaz Azhar juga. Masalah ini berpunca dari pemerintah sendiri yang menjadikan hiburan sebagai budaya hidup muda-mudi dewasa ini. Bukalah TV. Tak perlu astro pun. Dah berlambak rancangan hiburan dari bintang kecil hinggalah suara emas. Muda-mudi diajar berhibur sepanjang masa.


Keadaan ini membentuk sikap dan pemikiran anak muda. Semua benda nak ada hiburan. Kita boleh lihat bila pengajian yang serius, anak muda boleh bilang dengan jari. Itupun tidak kekal setiap minggu. Jika keadaan berterusan, jurang antara agama Islam dan anak muda semakin melebar membentuk benteng yang tebal.

Orang-orang seperti UAI, ustaz Bollywood dan sebelum ini Ustaz Akhil Hayy berjaya bawa anak muda dekat dengan agama. Mereka tak berhibur sepanjang masa. Ada waktu serius boleh tahan juga 'bekeng'nya.


Hasilnya kita boleh lihat dua tiga menjak ini. Selepas nama UAI masyhur seluruh negara, semakin banyak nama ustaz-ustaz baru disebut. Stesen-stesen mula berani menjemput ustaz-ustaz versatil dan kontemporari mengisi slot dan sambutannya di luar jangkaan. Majalah-majalah Islamik yang trendy dan moden juga mula muncul satu persatu. Nyatalah dakwah ini bukan habis dengan gelak ketawa dan tepukan sahaja!

UAI berjaya selitkan dakwah dalam pembawaannya, menyebabkan ramai masyarakat ketagihan untuk terus menerima dakwah. Lapangan baru dibuka untuk masa depan Islam. Saya tak nafikan ada lagi ustaz-ustaz yang turut menyumbang kepada fenomena ini, namun UAI adalah faktor utamanya. Kehadirannya serentak dengan perkembangan terbaru industri hiburan tanahair, iaitu kemunculan program realiti TV komedi. Sedikit sebanyak UAI memberi alternatif pada anak muda untuk terus berhibur mengikut trend.

Saya kongsikan kisah wali songo yang Ayah Chik ceritakan. Dulu di jawa rata-rata masyarakat berhibur dengan tayangan wayang kulit. Pentas wayang kulit ibarat pentas konsert-konsert mega hari ini. Anak muda berpusu-pusu menonton tayangan tersebut.
Masalahnya pengendali wayang kulit ini menggunakan sihir dalam persembahannya. Wayang-wayang kulit itu bergerak tanpa kawalan manusia. Ia dikawal dengan jampi serapah!

Ini jelas amalan khurafat dan tahyul. Namun wali songo tidak terus membidaahkan amalan ini seperti lakunya sebahagian ustaz-ustaz kita. Sebaliknya wali-wali ini mengambil pendekatan untuk turut mempersembahkan wayang kulit tetapi dengan cara tersendiri. Mereka buang unsur sihir dan mencipta kisah-kisah tauladan yang memberi pengajaran dan mesej dakwah kepada penonton. Alhamdulillah cara tersebut berkesan dan mampu menyedarkan masyarakat ke jalan fitrah.

Pendek kata, nak bawa Islam tidak boleh menongkah terus arus. Kita akan ditolak mentah-mentah. Bukan jua bermakna kita perlu ikut saja arus, nanti hilang identiti.

Caranya, pandulah arus sebaiknya!

Ditulis Oleh Alang Ibn Shukrimun Via Facebook
0 Komentar untuk "Penangan Dr. Mashitah Selepas Sindir Ustaz Berhijrah"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info