adsense Dahulunya Saya Benci Melihat Wanita Berhijab Kerana... - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

Dahulunya Saya Benci Melihat Wanita Berhijab Kerana...





Keajaiban Berhijab

Suatu ketika dahulu, bila saya berkawan dengan rakan-rakan muslim dan masih baru dengan Islam, saya berjumpa dengan beberapa orang muslimah. Bila saya lihat apa yang mereka pakai pada kepala mereka, saya rasa tak suka. ‘Benda’ tu asing pada saya. Saya cakap dekat diri saya, kalau saya peluk Islam, saya takkan kahwin dengan perempuan yang pakai pakaian tu. Tapi, Hijab ni memang pelik, mula-mula ia rasa janggal, tapi lama-lama anda akan jatuh cinta dengannya. Seakan ada perkara yang unik pada kain yang (mungkin) murah ni.

Tapi pada setiap hijab, seakan-akan ada keajaiban dalamnya, yang buat saya jatuh cinta. Konsepnya seolah-olah ingin menyorok kecantikan wanita, tapi ternyata tidak. Hijab itu sendiri adalah suatu keindahan. Kecantikan muslimah dan hijab yang yang dikenakannya membuatkan anda berfikir. Keindahan sebenar wanita disembunyikan oleh hijab, tapi pada masa sama, ini membuatkan wanita lebih cantik. Anda akan dapat melihat muslimah itu pada nilai dirinya yang sebenar, anda akan dapat melihat keindahan dalaman sebenar yang terpateri dalam diri wanita itu. Anda akan dapat melihat apa yang membuatkan diri seorang wanita itu istimewa, supaya anda dapat jatuh cinta dengan kewanitaan yang bersemadi dalam dirinya. Dan merasa kenikmatan dan kehebatan perasaan tersebut.

Saya boleh bayangkan, bila tiba masa saya mengahwini salah seorang dari kaum muslimah, keindahan cinta itu akan lebih dapat dirasai. Saya boleh bayangkan apabila sang isteri pulang dari hikuk-pikuk dunia, dan kembali ketika mana sang suami sedang berehat-rehat di atas sofa. Sang isteri akan membuka hijabnya dan si suami akan jatuh cinta semula. Si suami akan merasa bertuah mengahwini seorang makhluk indah yang ditakdirkan tuhan menjadi pasangannya. Dia akan jatuh cinta setiap hari selama mereka masih bersama. Bayangkan, jatuh hati pada wanita yang sama setiap hari untuk 50 tahun, seakan-akan ia kali pertama anda melihat si dia.

Sungguh, hijab adalah suatu keajaiban. Suatu manifestasi kecantikan untuk kedua-dua lelaki dan wanita. Dahulunya saya pernah membenci hijab, sekarang saya tahu saya salah. Saya dapat melihat kebaikan hijab pada kita semua. Sungguh, kecantikan seorang wanita tidaklah disorokkan oleh hijab, tetapi wanita itu cantik dengan hijab. Mereka indah dengan hati sanubari mereka, kebijaksanaan mereka, dan diri mereka. Saya gagal memahami wanita-wanita yang merasa mereka perlu menjadi cantik, sedang mereka tidak memahami kecantikan sebenar yang mereka miliki. Bukan kecantikan luaran, tetapi kecantikan yang tersemat dalam kecantikan itu sendiri.
0 Komentar untuk "Dahulunya Saya Benci Melihat Wanita Berhijab Kerana..."

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info