adsense Isu Turun Tarif Elektrik TNB - Rakyat Tempelak KJ Kerana Cari Publisiti Murahan - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

Isu Turun Tarif Elektrik TNB - Rakyat Tempelak KJ Kerana Cari Publisiti Murahan



TULISAN DARI RAKYAT YANG BERNAMA YUSRI :

Merujuk kenyataan Menteri Sukan yang mendesak TNB timbang untuk turunkan tarif elektrik dalam satu pos di fb beliau Khairy Jamaluddin semalam dengan hujah bahawa sebelum ini TNB meminta Jemaah Menteri menaikkan tarif elektrik kerana kos bahan bakar yang meningkat, pagi tadi saya berasa terpanggil untuk twit beliau bagi mendapatkan penjelasan yang sebenar.

Di lampiran adalah siri twit bersama Menteri Sukan. Secara peribadi, saya berasakan tuduhan yang seolah-olahnya hanya menyalahkan TNB sahaja dalam bab kenaikan tarif elektrik ini adalah satu tuduhan yang cacat dan tidak bertanggungjawab dari segi 3 aspek kerana:

1. Sdr KJ tidak menyatakan bahawa kenaikan kos bahan bakar untuk penjanaan tenaga elektrik adalah berpunca daripada tindakan Kerajaan sendiri mengurangkan subsidi gas untuk penjanaan elektrik
2. Sdr KJ juga bertindak naif dengan tidak menyatakan bahawa kenaikan tarif elektrik itu adalah juga berpunca daripada tindakan Kerajaan sendiri yang meluluskan permohonan kenaikan tarif, sedangkan Kerajaan mempunyai kuasa untuk menolak kenaikan tersebut dan meluluskan penyelesaian yang tidak membebankan rakyat
3. Sdr KJ menyatakan kos bahan bakar sudah turun, jika merujuk kepada minyak ternyata ini penyelewengan fakta yang jelas. Sedangkan sebagai Menteri di dalam Jemaah Menteri bersama Menteri Tenaga, seharusnya YB sedar tenaga elektrik di Malaysia dijana daripada 55% gas, 40% arang batu dan 5% hidro. YB boleh rujuk video ini untuk belajar sedikit sebanyak tentang penjanaan tenaga :


Merujuk perbualan bersama YB KJ, beliau menyatakan bahawa pos itu untuk menekan TNB supaya beri penjelasan. Agak melucukan bunyinya apabila Kerajaan menekan/mendesak TNB untuk turun tarif walhal kuasa meluluskan naik turun tarif itu pada Kerajaan. Jika begitu, lebih baik TNB sahaja jadi Menteri.

Namun, beliau menjelaskan desakan politik tersebut adalah atas kapasiti Ketua Pemuda UMNO. Saya memahami tetapi menekankan sekali lagi yang kuasa lulus tarif ini pada Kerajaan dan tetap berpendapat secara peribadi bahawa menyalahkan TNB dalam hal ini adalah satu tuduhan yang tak bertanggungjawab dan cacat.

Terima kaseh Sdr Khairy atas sesi pertukaran pandangan yang jelas lagi sopan, pagi tadi di twitter. Saya puji kesediaan Sdr Khairy menjelaskan pos tersebut. Jangan serik untuk sembang lagi Waibi Twidder. Mohon kawan-kawan share.

TULISAN DARI KJ :
Isu pokok adalah kuasa pengguna. Dalam keadaan harga minyak menurun, pengguna harus mainkan peranan dan menekan peniaga untuk turun harga barang.

Kalau ada kedai yang jual barang pada harga yang tidak berpatutan, pulau sahaja. Kalau terlalu tinggi, lapor kepada KPDNKK dan mereka boleh menguatkuasakan Akta Pencatutan (Anti-Profiteering Act).

Pada masa yang sama, mungkin TNB juga perlu pertimbangkan untuk menurunkan tarif elektrik. Sebab hari itu mereka minta Jemaah Menteri naikkan tarif sebab input kos bahan bakar naik. Sekarang dah turun.

Saya rasa mesej yang penting ialah kuasa pengguna. Use your power as consumers. Engage with consumer groups and activists. Name and shame traders that charge exorbitant prices on social media.

Saya telah mengarahkan Biro Kualiti Hidup Penuda UMNO Malaysia untuk menjalin kerjasama dengan NGO-NGO kepenggunaan untuk meningkatkan kesedaran rakyat tentang kuasa mereka sebagai pengguna. Mereka akan juga kerjasama dengan KPDNKK untuk mengenal pasti kedai-kedai yang menjual barang pada harga yang adil dan berpatutan. Kedai-kedai ini akan diiktiraf sebagai 'fair price shops' dibawah KPDNKK dan akan dipromosikan.
0 Komentar untuk "Isu Turun Tarif Elektrik TNB - Rakyat Tempelak KJ Kerana Cari Publisiti Murahan"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info