adsense Pro GST Atau Kerana Macai ? Saudara Ini Mengulas Kenapa GST Lebih Baik Dilaksanakan Di Malaysia - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

Pro GST Atau Kerana Macai ? Saudara Ini Mengulas Kenapa GST Lebih Baik Dilaksanakan Di Malaysia



Oleh: Nabieh Rahmat

Memanglah kalau boleh kita nak bayar cukai paling rendah, mendapat manfaat paling banyak dan kalau boleh tiada rasuah pun. Semua hidup aman damai, sejahtera, makmur dan sentosa. Tapi kat mana boleh dapat macam tu? Brunei, Arab Saudi atau di syurga nanti barangkali?

German yang disebutkan dalam contoh ni, GST 19.9 peratus dan dapat menikmati pelbagai kemudahan. Ya memang betul. Tapi berapa income tax yang rakyat dia kena bayar?

Semua level kena bayar 40 % cukai pendapatan termasuk buruh kasar dan pencuci tandas. Tapi di Malaysia berapa yang kena bayar cukai pendapatan (income tax)? Paling tinggi adalah 21 peratus sahaja dan hanya sekian peratus dari rakyat yang kena bayar cukai ini.

Singapura pula wajar laksanakan GST sebab mereka sudah kaya raya? Memang betul pendapatan per kapita mereka tinggi. Apa sebab?

Faktor utamanya adalah meritokrasi. Malaysia masih ada kuota pribumi yang secara tak langsung me’nombordua’kan kompetensi. Yang mana lebih bagus? Kalau majoriti rakyat mampu bersaing, meritokrasi adalah yang terbaik. Persoalannya, 60% Melayu dan pribumi sudah bersediakah dengan meritokrasi 100 peratus ala Singapura?

Adakah ratusan negara miskin yang lain belum laksanakan GST? Bahkan negara-negara seperti Laos, Kemboja, Filipina, Bangladesh dan lain-lain sudah melaksanakan GST dengan kadar yang lebih tinggi sejak lama dahulu. Jadi GST TIADA hubungan sama sekali dengan pendapatan per capita rakyat. Ia hanya sebuah bentuk cukai yang lebih efisien berbanding SST.

Nak cegah rasuah, ketirisan? Ya, memang semua nak bersih, telus dan mulus. Apa cara Singapura buat? Naikkan gaji Perdana Menteri, menteri-menteri, penjawat awam dan sebagainya.

Untuk makluman kepada yang belum tahu, gaji Perdana Menteri Singapura adalah yang tertinggi di dunia, iaitu USD 2 juta setahun (40 kali ganda pendapatan majoriti rakyatnya). Gaji Perdana Menteri Hong Kong pula, sebanyak USD 530,000 (12 kali ganda pendapatan majoriti rakyatnya).

Gaji Presiden Obama pula, sebanyak USD 400,000 dan seterusnya. Bahkan gaji Presiden Indonesia pun berjumlah USD 120,000 setahun, sedangkan puluhan juta rakyatnya hanya mampu memperoleh pendapatan di bawah paras USD 5,000 setahun.

Tapi berapa gaji Perdana Menteri, Najib? RM 360,000 (USD 100,000 ) setahun dengan pendapatan per-kapita rakyat di atas paras USD 10,000 per tahun. Gaji sebesar ini bahkan lebih rendah daripada sebahagian doktor spesialis di hospital swasta yang mampu menghasilkan RM 100,000 sebulan!

Bila Perdana Menteri umum untuk mengantikan jet kerajaan bagi kegunaan pelbagai pihak, sebahagian orang jadi tidak cerdik, dengan menuduh ia sebagai jet peribadi untuk berfoya-foya dengan keluarganya. Itu belum lagi kalau PM umumkan untuk tambah gaji dirinya dan para menteri.

Memanglah kalau boleh kita ingin pemimpin macam Umar al-Khattab dan lain-lain yang sanggup ikat perut seperti rakyat jelata. Tapi ada lagikah, pada zaman sekarang orang yang begitu? Anwar Ibrahim? Lim Kit Siang? Guan Eng? Rafizi Ramli? MIMPI~

Rumus yang mengatakan menaikkan gaji untuk menurunkan rasuah dan ketirisan adalah standard di mana-mana negara atau perusahaan.

Hutang negara 500 billion? Baca tak bahagian hutang ini bagaimana?

Majoritinya adalah hutang domestik atau hutang oleh rakyat sendiri, sama ada untuk keperluan ataupun untuk berfoya-foya atau dalam bahasa mudah biar papa asal bergaya! Sebelum tuduh kerajaan membazir itu dan ini, lebih baik periksa dulu isi rumah masing-masing, hutang dah berapa peratus berbanding pendapatan (termasuk saya).

Soal sumber daya alam yang melimpah ruah, ya memang betul. Lupakah tukang kritik sembrono bahawa selama ini petroleum menyumbangkan lebih sepertiga daripada bajet tahunan? Cukupkah dengan mengharapkan itu saja?

Lihat apa terjadi bila harga minyak turun di bawah USD 50 per barrel. Income negara pun turun berpuluh billion! Sebab itu lah GST dibuat, supaya sistem percukaian lebih efisien, tiada taikun yang lari daripada cukai sekaligus menambahkan penghasilan negara.

Ya, kita ingin penambahbaikan di sana sini. Pendidikan murah, kesihatan murah, kemudahan awam bagus seperti negara maju, ketirisan berkurang dll. Kita harapkan setelah GST, kerajaan dapat menyalurkannya untuk hal-hal yang memberikan manfaat kepada rakyat jelata.

Sebab itu, kritik lah dengan fakta, bukan dengan auta. - http://www.suara.tv/


Nota: * Ini adalah pendapat peribadi penulis yang dipetik dari laman Facebook beliau dan tidak semestinya mewakili pandangan kami.
0 Komentar untuk "Pro GST Atau Kerana Macai ? Saudara Ini Mengulas Kenapa GST Lebih Baik Dilaksanakan Di Malaysia"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info