adsense Pusara Almarhum Tok Guru Nik Aziz Dipagari Besi ? Betulkah ? Mengapa ? - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

Pusara Almarhum Tok Guru Nik Aziz Dipagari Besi ? Betulkah ? Mengapa ?



PENGKALAN CHEPA – Sekeping foto memaparkan sebuah kubur yang dipagari kurungan besi berwarna hijau yang disebarkan melalui pesanan aplikasi Whatsapp mencetuskan persoalan kenapa ia dilakukan begitu.

Ramai yang terasa janggal kerana jarang dapat dilihat kurungan besi menghiasi mana-mana pusara.

Kami dimaklumkan kubur tersebut merupakan tempat bersemadinya bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meninggal dunia awal bulan lepas kerana penyakit kanser prostat.

Menurut maklumat yang diterima, ahli keluarga Allahyarham dikatakan membuat kurungan besi itu bertujuan untuk mengelakkan orang ramai terjebak dengan kegiatan khurafat misalnya mengambil tanah kuburan untuk tujuan tertentu.

Setakat ini tiada pengesahan rasmi dari ahli keluarga Allahyarham.



Terdahulu anak lelaki Allahyarham iaitu Nik Muhammad Abduh pernah menegur tindakan segelintir pihak yang mengambil tanah pusara ayahnya konon untuk mendapatkan berkat.

Beliau menggesa perbuatan tersebut dihentikan segera kerana bercanggah dengan ajaran Islam.

“Tanah orang soleh tidak ada manfaat, ilmunya yang manfaat,” ujar Nik Abduh. – SuaraTV
0 Komentar untuk "Pusara Almarhum Tok Guru Nik Aziz Dipagari Besi ? Betulkah ? Mengapa ?"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info