adsense Garis Panduan JAKIM Asingkan Penonton Lelaki Dan Perempuan Di Konsert Tidak Masuk Akal - Datuk Freddie - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

Garis Panduan JAKIM Asingkan Penonton Lelaki Dan Perempuan Di Konsert Tidak Masuk Akal - Datuk Freddie



KUALA LUMPUR, 19 April:

Garis panduan baru yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah sesuatu yang tidak masuk akal dan perlu dipertimbangkan semula kerana ianya akan menjejaskan industri muzik tanah air.

Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez berkata panduan itu akan memberi impak negatif kepada perjalanan seni khususnya kerana pengunjung akan teragak-agak untuk menyaksikan konsert.

“Ia akan jejaskan industri muzik, ramai pengunjung tidak akan datang.

“Tanpa peraturan pun artis dah kurang buat konsert apatah lagi jika dikenakan peraturan seperti itu”, katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.

Jelas Freddie, panduan itu turut dilihat tidak masuk akal sekiranya perkara itu dilaksanakan.
Ia termasuk pengunjung mempunyai hubungan keluarga berhasrat untuk melakukan aktiviti bersama dan terpaksa dipisahkan.

Katanya ia adalah sesuatu yang mustahil tambahan pula negara ini mempunyai pelbagai kaum dan budaya.

“Negara kita mempunyai masyarakat pelbagai kaum yang lebih sederhana, kalau ia dilaksanakan ia akan menggugat perjalanan konsert.

“Saya harap perkara ini akan dipertimbangkan.. cuba bayangkan kalau pengunjung diasingkan di Istana Budaya.. ini tidak masuk akal.

“Bagaimana pula dengan pengunjung bukan Islam? agama mereka tidak menghalang, begitu juga dengan pengunjung yang datang bersama keluarga”, katanya.

Terdahulu, JAKIM mengeluarkan garis panduan kepada semua penganjur acara hiburan tanah air termasuk penonton lelaki dan perempuan yang menyaksikan sesuatu acara hiburan atau konsert di tempat yang sama kini mesti dipisahkan.

Perkara juga telah diperakukan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-107 yang bersidang pada 10 dan 11 Februari 2015.
0 Komentar untuk "Garis Panduan JAKIM Asingkan Penonton Lelaki Dan Perempuan Di Konsert Tidak Masuk Akal - Datuk Freddie"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info