adsense Had Keluar KWSP Umur 60 Tahun : EPF Sayang Lepaskan Duit Orang Ramai? - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

Had Keluar KWSP Umur 60 Tahun : EPF Sayang Lepaskan Duit Orang Ramai?



Had Keluar KWSP Umur 60 Tahun : EPF Risau Cara Belanja Duit Wang Persaraan Pencarum atau Sayang Lepaskan Duit Orang Ramai? Tampak, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) beringin benar untuk menyimpan terus duit simpananan persaraan anda daripada sepatutnya boleh dikeluarkan pada umur 55 tahun tetapi mahu dianjakkan kepada tempoh 5 tahun lagi iaitu hanya boleh keluar KWSP umur 60.

Semua cadangan ini mahu “dihalalkan” oleh KWSP dengan cara mencampakkan beberapa alasan kepada pencarum KWSP seperti di bawah ini :
  • Ramai pencarum KWSP tidak pandai uruskan kewangan sendiri
  • KWSP mengatakan ramai pencarum KWSP cepat benar menghabiskan simpanan mereka di hari tua dalam tempoh 5 tahun

Mengapa KWSP mengambil berat benar dengan kalangan pencarum KWSP tentang corak perbelanjaan mereka?

Duit pencarum, hak pencarum. Berapa tahun mahu dihabiskan itu hak pencarum. Cuma, mungkin boleh diberikan pendidikan dan maklumat bagaimana mahu menguruskan wang pensaraan dengan kaedah yang lebih baik dan selamat. Bukannya menyelesaikannya dengan mengelaurkan cadangan keluar KWSP umur 60 tahun.

Sudahlah bagi dividen yang rendah saban tahun. Sekurang-kurangnya dengan pengeluaran KWSP oleh pencarum boleh digunakan duit tersebut digunakan dalam urusan :
  • simpanan ASB ataupun Tabung Haji
  • beli tanah
  • menunaikan umrah dan haji
  • modal berniaga

Setuju Had Keluar KWSP Umur 60 Tahun?
Bagi Berita Semasa lebih baik pencarum KWSP bangkit lebih awal sekarang bagi menolak cadangan keluar KWSP umur 60 tahun daripada mengelupur di kemudian hari. Lebih baik bantah ketika baru diperingkat pertimbangan daripada bantah pada ketika ia sudah mula dilaksanakan.

Apabila KWSP umur ia sedang dipertimbangkan, maknanya niat dan hasrat serta motif itu sudah ada.

“Bak kata pepatah sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna”

Walaupun baru dipertimbangkan, pencarum ada hak untuk protes disebabkan itu duit mereka. Corak drama KWSP sudah boleh dibaca. Ini kerana :
  • Cadangan keluar KWSP umur 60 tahun ini sudah terbit 2 tahun lamanya
  • Kerajaan mahu buat undang-undang supaya pencarum cuma boleh keluar duit lepas umur 60 tahun
  • Sebelum laksana, perlu “dimainkan orkestra” bahawa pencarum tidak pandai uruskan duit…70% telah habiskan duit persaraan dan hari tua dalam tempoh hanya 5 tahun…bla….bla…..bla
  • Kemudian, menteri akan tampil berkokok benda yang sama dan akhirnya akan buat akta pengeluaran umur KWSP umur 60 tahun
P/S : Sudah nama duit KWSP, “simpanan hari tua“. Tetapi jikalau sudah terlalu lama, hanya sesuai untuk tempah batu nesan pula nanti. Jangan cuba sesekali mengawal duit titik peluh rakyat Malaysia.

PP/S : Kepada CEO KWSP (shahril ridza ridzuan), dengan kapasiti pendidikan tinggi di Oxford dan Cambridge dan pengalaman bekerja anda selama ini, ini sahaja cadangan yang boleh anda tampilkan kepada pencarum? Salahkah jikalau pencarum diberikan pilihan untuk keluarkan duit caruman untuk disimpan di EPF?

http://www.beritasemasa.com.my/
0 Komentar untuk "Had Keluar KWSP Umur 60 Tahun : EPF Sayang Lepaskan Duit Orang Ramai?"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info