adsense Sedih !!! Pelajar Sekolah Agama Tingkatan 1 Ini Dibelasah 30 Pelajar Senior (5 GAMBAR) - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

Sedih !!! Pelajar Sekolah Agama Tingkatan 1 Ini Dibelasah 30 Pelajar Senior (5 GAMBAR)




GURUN, 19 April (Bernama) -- Seorang pelajar Tingkatan Satu mendakwa dipukul kira-kira 30 pelajar senior di sebuah sekolah agama di Pokok Tai, Pendang semalam.

Muhammad Ammar Aqil Zainudin, 13, dari Taman Ria Mesra di sini mendakwa dia dipukul pelajar-pelajar itu dari 12 tengah malam hingga 1.30 pagi di bilik asrama pelajar senior.

Anak kedua daripada tiga beradik itu mendakwa dia dipukul selepas dituduh mencuri dompet mengandungi wang tunai RM60 milik seorang pelajar Tingkatan Dua.

Menurutnya beliau sebenarnya menemui dompet itu di padang sekolah itu kira-kira 6.30 petang Jumaat (17 April) dan menyimpannya sebelum menyerahkan kepada pemiliknya.

"Mereka (pelajar senior) minta dompet itu dan saya serahkannya sekali dengan wang. Tetapi mereka pukul saya, tumbuk saya di seluruh badan, tampar muka, libas dengan tuala, bakar rambut dan gunting rambut saya sampai botak," katanya kepada pemberita di rumahnya hari ini.

Muhammad Ammar berkata selepas dibelasah, beliau diletakkan di luar bilik  pelajar senior dan terpaksa merangkak ke biliknya dalam keadaan lemah.

Menurutnya pelajar senior terbabit turut mengugutnya supaya tidak melaporkan perkara itu kepada pihak sekolah dan ibu bapanya atau beliau akan dibelasah lagi.

Sementara itu bapa saudaranya, Zahari Haris, 43, berkata kejadian itu diketahui bapa Muhammad Ammar kira-kira 8 pagi pada hari sama ketika melawatnya di asrama.

Bapanya kemudian membawa Muhammad Ammar ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk membuat pemeriksaan perubatan dan mendapati tiada kecederaan dalaman, cuma bengkak dan lebam pada peha, muka dan belakang badan.

Zahari berkata laporan polis mengenai kejadian itu kemudian dibuat di Balai Polis Gurun kira-kira 2.30 petang.

Ketua Polis Daerah Pendang DSP Abd Aziz Ahmad yang dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian itu. - BERNAMA

http://www.thehypemedia.com/







0 Komentar untuk "Sedih !!! Pelajar Sekolah Agama Tingkatan 1 Ini Dibelasah 30 Pelajar Senior (5 GAMBAR)"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info