adsense Majikan Hindu Ini Menaja Orang Gajinya Yang berusia 47 Tahun Menunaikan Umrah Kerana Amanah Dengan Kerjanya !!! - Media Yang Hensem
Lazada Malaysia

Majikan Hindu Ini Menaja Orang Gajinya Yang berusia 47 Tahun Menunaikan Umrah Kerana Amanah Dengan Kerjanya !!!


Hari ini saya telah menaja Pembantu Rumah saya yang bernama Pn. SAMA untuk menunaikan UMRAH di Tanah Suci Arab Saudi. Beliau telah berkhidmat sebagai pembantu di rumah saya sejak tahun 2002. Beliau yang kini berumur 47 tahun (13 tahun) adalah seorang yg bertanggungjawab dan amanah serta rajin dlm melaksanakan tugas.

Walaupun beliau datang sebagai pembantu rumah tetapi kini beliau sudah menjadi sebagai seorang ahli keluarga saya. Sebenarnya saya telah berhasrat hendak menghantar beliau ke Saudi pada tahun 2011 tetapi oleh kerana ada masalah Visa ( pd ketika itu umur beliau bawah 45 dan utk ke Saudi perlukan Mahram ) saya telah tangguhkan sehingga ke tahun ini.


Walaupun saya sekeluarga beragama Hindu dan Vegetarian tetapi hak beliau sebagai seorang Islam sentiasa diberi keutamaan oleh seisi keluarga.

Beliau begitu gembira terus menitiskan air mata apabila saya maklum dua minggu lepas bahawa beliau akan ke ke Mekka dan Madina utk menunaikan UMRAH melalui tajaan saya. Beliau telah ke Jakarta pada 29-12-2014 dan akan ke Jeddah Pd 24-11-2014.




Sempena perjalanan beliau ke Tanah Suci Mekah, satu Majlis TAHLIL dan bacaan DOA Selamat telah saya adakan di rumah saya dgn dipimpin Tn. Imam Haniff dari Masjid Rahmania Bahau dihadiri Kenalan Pn. SAMA seramai 12 orang.

Marilah kita sama-sama berdoa agar keinginan beliau sejak dahulu lagi untuk melangkah ke Tanah Suci Mekah dan seterusnya menunaikan UMRAH akan mendapat Restu Tuhan Yg Maha Kuasa. Ini adalah Rezeki beliau. Walaupun saya beragama Hindu, Sy berasa begitu gembira kr tuhan memberikan sy peluang utk menaja Pembantu rumah sy Pn. SAMA ke Tanah Suci Mekah.

Oleh Manickam Letchuman
0 Komentar untuk "Majikan Hindu Ini Menaja Orang Gajinya Yang berusia 47 Tahun Menunaikan Umrah Kerana Amanah Dengan Kerjanya !!!"

BORAK-BORAK HENSEM



POST BARU DAN PANAS !!!

- POLITIK FITNAH SEMAKIN MENJADI-JADI ANTARA PAS & UMNO DI MUSIM BANJIR !!! >>> KLIK
- GEMPAR !!! BUNUH DIRI KETIKA BANJIR AKIBAT TERTEKAN !!! >>> KLIK
- PENDEDAHAN !!! BENARKAH INI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG DIKATAKAN TERHEMPAS ??? >>> KLIK
- KELU !!! TEAM SUKARELAWAN MAKLUMKAN RAMAI YANG TERKORBAN AKIBAT LEMAS !!! >>> KLIK
- SAYA BERMAIN GOLF DENGAN OBAMA DEMI DIPLOMASI NEGARA, NAJIB >>> KLIK


 
Copyright © 2014 Media Yang Hensem - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info